SEMANGAT manusia untuk menegakkan keadilan dan kemanuisaan tidak mampu dipadamkan oleh sekatan atau senjata. Semangat itulah yang sedang kita saksikan menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF), apabila puluhan kapal dari pelbagai pelabuhan dunia berlayar dengan satu tujuan iaitu membawa bantuan kepada Gaza dan menuntut hak rakyatnya untuk hidup bermaruah.
Sumud diambil daripada Bahasa Arab dan dipilih kerana membawa maksud yang lebih mendalam dari perkataan sabar yang bermaksud bertahan tanpa melakukan sesuatu.
Hari ini, ketika kita menikmati keamanan di tanah air, mari kita ingat bahawa ada insan di Gaza yang menunggu dengan penuh harapan. Mungkin kapal-kapal itu akan dihalang, mungkin mereka akan disekat. Namun makna perjalanan ini tidak pernah sia-sia. Setiap batu nautika yang mereka harungi adalah bukti bahawa sekatan tidak pernah mampu menutup suara hati nurani manusia.
Kita memilih untuk bersama mereka bukan dengan kapal, tetapi dengan seni, doa, dan suara yang tidak akan diam. Kerana solidariti bukan pilihan, tetapi kewajipan.
