Stone memang tak suka mandi dan juga membasuh pakaiannya, kerana itu kami akan dapati dia sentiasa dalam keadaan yang tidak terurus, dia jenis pakai buang, baju dan seluarnya akan dipakai sehingga sangat lusuh sebelum diganti dengan pakaian yang lebih baru, dan ini diketahui oleh semua teman-teman rapatnya, terutama Fairuz Rosly, jika kemana-mana, Fairuz lah tukang basuh pakaian Stone, Fairuz berbuat demikian sehinggalah dia pun malas.
Pun begitu Fairuz tidaklah sehingga sanggup memandikan Stone, bimbang dikatakan mempunyai hubungan terlarang gamaknya, lalu tidak mandilah Stone untuk beberapa lama.
Mula-mula dia digelar sebagai ‘Batu’, kami tidak ingat mengapa dia dipanggil begitu, dari sana namanya bertukar kepada ‘Stone’.

Kepada ramai orang, dia seperti seseorang yang sukar untuk diuruskan, dan kepada orang lain pula dia kelihatan seperti orang yang kita anggap sebagai tidak siuman. Sebelum dia rajin mundar-mandir di bandar Kuantan, dia pernah tinggal agak lama di studio Rajawali, malah sesudah studio tersebut ditutup pun, dia masih ada disana, tinggal di sebuah pondok dalam semak ‘Rajawali Outer Space’, lama dia disitu dan tidak diganggu, cuma sesekali dia akan keluar dari semak samun tersebut untuk makan dan mencari rokok.
Sewaktu zaman ‘Covid’, dia menjadikan Hospital Besar Kuantan sebagai rumahnya, dia akan tidur di kawasan kecemasan bila keletihan. Ini tentunya suatu pemikiran yang selamat jika berlaku apa-apa keresahan kesihatan kepada dirinya. Setelah selesai ‘Covid’, ada sesekali dia kembali ke pondok di Rajawali, namun kelibatnya sentiasa dilihat di bandar Kuantan.
Jika kamu membaca tulisan ini dan kamu pernah terserempak dengan dia di Kuantan atau dimana-mana, ketahuilah yang dia adalah normal seperti orang lain, malah dua percubaan untuk melebelkan dia sebagai tidak siuman telah dibuktikan salah, sudah dua kali dia dibawa ke Hospital dan dinilai cerdas oleh para doctor pakar wad psikologi.
Agaknya inilah akibat dari terlalu kuat membaca, Stone adalah pembaca tegar, seluruh bilik di rumahnya penuh dengan bahan bacaan, dengan ‘penuh’ kami maksud bahawa bahan bacaannya memenuhi setiap ruang yang ada, dari lantai hingga ke siling, dia membaca tanpa henti sehingga tiada lagi bahan untuk dibaca.
Dan sebagai seorang pembaca tegar yang lain, dia kemudiannya mula menulis, dan inilah sebenarnya yang mahu kami ceritakan.
Apabila mendapat zine dari Ku Syafiq, kami kata ‘dapat’ tapi sebenarnya kami dipaksa beli oleh dia. Kami katakan kepada Ku Syafiq bahawa cara dia menjual sama seperti yang dilakukan oleh Mutalib Uthman, yakni sangat gerila, cara yang sama juga yang dilakukan oleh penyanyi Azmyl Yunor, penyanyi yang kami suka.
Zine kecil dari Ku Syafiq mengingatkan kami kepada zine kecil yang ditulis oleh Stone, dia telah menerbitkan zine tersebut dan kemudiannya dia edarkan secara percuma kepada seluruh penduduk tempat kami tinggal waktu itu, dia menyelipkan buku kecil tersebut dipagar semua rumah.
Seperti yang pernah ditanya oleh laki Hanim, agak ralat bila kami tidak lagi menyimpan buku kecil itu. Dengan kecil kami maksudkan bahawa buku tersebut sama saiznya dengan buku 555 yang terkenal pada satu zaman yang lalu.
Jika kamu adalah penduduk Taman Guru, Kuantan dan masih menyimpan buku tersebut, mohon hubungi kami.
Buku tersebut ditulis dengan baik namun Stone tidak berpuas hati dengan pengendaliannya, maksudnya dia mahukan buku yang bertulang namun penerbit hanya menggunakan dawai kokot.
Baru-baru ini kami diberitahu oleh Nazri Chot yang Stone kini dirawat di Hospital Kuantan, berita ini belum disahkan dan kami juga belum mempunyai waktu untuk menziarahi dia.
Tamat persamaan Ku Syafiq dan Stone.
Mengenai dua buku yang ditulis oleh Ku Syafiq, kami tidak dapat menulis mengenai kandungannya kerana kami agaknya dari dua masa yang berbeza, atau dalam kata yang lebih tulus, kami ini agak berhemah jika tidak menulis mengenai buku tersebut. Namun kami tidak sampai hati untuk membiarkan sahaja usaha baik penulis tersebut.
Lalu kami serahkan kerja-kerja itu kepada Mat Deris, kami arahkan dia untuk membaca dan menulis pendapatnya, dan dibawah ini adalah apa yang ditulisnya, mungkin sedikit ringkas namun apa sangat yang boleh diharapkan pada budak berumur 15 tahun dengan daya tumpu yang terhad itu.
Dia juga bertanya sama ada dia akan dibayar, kami mahu mengatakan yang cerita askar makan suap dan pesta yeye itu membuatkan kami sangat patah hati, namun kerana bimbang dia akan segera dewasa, kami katakan bahawa kami yang akan dibayar kerana memperkudakan dia, dan dia sendiri akan mendapat sedikit dari sedikit kasih sayang yang kami miliki.

Dijemput membaca:
At first glance, I thought it was like any other Malaysian storybook, and my expectations were somewhat met at the beginning chapter.
Then, I kept reading. One of the things that kept me interested was the imagery. And the faint (somewhat faint) references to pop culture or at least the experiences of the modern days today such as “Brain rot”. One of the descriptions I found quite agreeable being “Zombi digital” referring to how our minds and eyes are glued to screens.
And I think with the first chapter, it’s quite obvious the writer felt inspired. Felt like that was noticeable. I also did enjoy how down-to-earth it felt in the first chapter.
Other than that, I find it quite alluring how it sort-of felt like the whole book was spiralling into a darker narrative near the end. An example, like how you can feel the angst in chapter 6, “FIKIR, OTAK MATI” making the narrative feel more a polished version of a diary in a way.
And finally, what I really loved was the ending chapter “MARAH, ULANG LAGI”. Even the title really just makes sense with the plot, obviously. It’s about this ever-lasting cycle of abuse and unhealthy relationships portrayed greatly. Manipulative, ignorance, fear, etc. “All in a cycle where nobody questions since it contributes to their benefits”.
“Jiran-jiran suka sebab dah tak banyak kereta ditimpa tahi burung.”

– Abdullahjones dikatakan sedang giat mengusahakan sebuah sindiket agensi berita berbahasa Inggeris a-la Thomson Reuters dan dikhuatiri melibatkan buruh kanak kanak.
