FILEM Snow in Midsummer diumumkan sebagai Filem Terbaik untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2024.
Snow in Midsummer diterbitkan oleh Wong Kew Soon, Chow Wai Thong, Jennifer Jao dan Gene Yao manakala Jment Lim bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Filem tersebut juga turut memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik menerusi Chong Keat Aun.
Susan Lankester diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Rain Town, Jack Tan diumum Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Gold.

Sementara itu Eman Manan diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Takluk: Lahad Datu manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diberikan kepada Sweet Qistina menerusi filem Babah.
Takluk: Lahad Datu turut diumumkan memenangi Sinematografi Terbaik menerusi Tan Teck Zee.

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Film Critics Circle), diasaskan pada November 2011, ialah kumpulan pengkritik filem yang beroperasi secara maya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Terdiri daripada editor, pengarang, blogger dan pencipta kandungan yang berdedikasi dalam analisis filem, majlis ini berperanan menilai serta memilih filem Malaysia terbaik setiap tahun berdasarkan aspek seni, estetika, dan kepakaran sinematik.
Sebagai badan penilai, MPFKL meneliti filem-filem Malaysia bagi memberi pengiktirafan yang sewajarnya. Setiap tahun, hasil pemilihan ini diumumkan menerusi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL).
