
Bakat seniman kelahiran Kuala Lumpur kurang diketengahkan dalam banyak perbincangan apabila membicarakan kegiatan kesenian tanahair kurang mendapat perhatian.
Apakah yang menyebabkan perkara ini berterusan berlaku? Matlamat penulisan ini adalah menarik perhatian pembaca untuk memberikan fokus kepada sumbangan besar mereka dalam perkembangan bidang seni rupa di Malaysia.
Berlaku ketidak keseimbangan yang memberikan penghargaan kepada seniman kelahiran negari lain yang bermastautin di Kuala Lumpur berbanding anak watan.
Selain itu mereka turut diberikan perhatian serta sokongan di negeri kelahiran mereka. Dalam penulisan ini akan membincangkan enam seniman penting kelahiran Kuala Lumpur yang signifikan untuk kita semua ketahui.
Diantara pengkarya ini adalah Dzulkifli Buyong, Zulkifli Dahlan, Mazli Mat Som, Nuriman Amri Abdul Manap, Elias Yamani Ismail dan Ady Ezwan Nordin. Adalah penting untuk dijelaskan di sini bahawa teks ini hanya akan mengetengahkan seniman yang berbangsa Melayu sahaja.
Ini kerana adakala penulis kebingungan serta janggal terhadap tanggapan bahawa orang Melayu itu hanya berhijrah ke bandar atau kota metropolitan serta berasal dari kampung.
Persepsi ini amat meragukan adakah orang-orang yang mendiami kota Melaka suatu ketika dahalu adalah orang-orang kampung? Pastinya tidak! Inilah strategi serta helah penguasa kolonial untuk terus menjumudkan minda khasnya orang Melayu. Malah pembuka Kuala Lumpur oleh Yap Ah Loi dan Pulau Pinang oleh Francis Light adalah fakta yang meleset sehingga kehari ini.
Lagenda dan Ikon Seniman Kuala Lumpur
Dzulkifli Buyong (1948-2004) merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur serta dikesan memiliki kreativiti sejak kecil lagi. Bakat besar Dzulkifli terus mendapat perhatian ketika menuntut di sekolah terkemuka tanahair iaitu Victoria Insitution.
Beliau aktif bersama Wednesday Art Group.[1] Pada usia 16 tahun Dzulkifli telah memenagi penghargaan antaranya pingat emas dari Permaisuri Agong Raja Tengku Ismail Tengku Budriah dan dari Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Karya-karya beliau yang bersahaja bersifat naif dalam merakam kegiatan kanak-kanak pada waktu membesar.
Di antara karya-karya terkenal Dzulkifli adalah ‘Kelambu’ (1964), ‘Kapal Kertas’ (1966) dan ‘Membakar Semut’ (1967). Karya-karya berikut berjaya merakam innocence kanak-kanak dengan persekitaran mereka.
Seniman kelahiran Kuala Lumpur seterusnya ialah Mazli Mat Som (1938-1990). Mazli mendapat bimbingan dari Datuk Hoessein Enas yang mengasaskan Angkatan Pelukis SeMalaysia yang membawa catan berupa figura dan Mazli merupakan protégé beliau.
Mazli bersama mentor Datuk Hoessein Enas menggerakan tradisi catan figuratif di negara ini. Berikut adalah karya terkenal beliau ‘Menanti Nelayan’ (1961) and ‘Yati’ (1964) menjadi koleksi tetap Balai Seni Negar.
Karya figuratif dan potret yang dihasilkan beliau mezahirkan kematangan, komposisi yang baik serta paparan subjeknya kelihatan hidup. Inilah kehebatan Mazli dalam pengambaran dan olahan medium dalam hasil setiap persembahan karyanya.
Zulkifli Dahlan (1952-1977) adalah figura penting dalam membicarakan perkembangan seni moden tanahair.
Beliau adalah ahli kumpulan Anak Alam.[2] Antara karya-karya ikonik beliau adalah Kedai-kedai (1973), Realiti Berasingan: Satu Hari di Bumi Larangan (1975).
Zulkifli telah memenangi hadiah utama dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman pada tahun 1974.[3]
Sebagai seniman prolifik sebuah pameran khas bertajuk ‘Bumi Larangan Zulkifli Dahlan’ pada 2017. Ia menghimpunkan sebanyak 200 berbagai variasi karya berbentuk catan, cat air, lakaran dan cetakan bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.
Zulkifli atau lebih senang disapa ‘jo’oleh teman rapat sayangnya telah meninggal dunia ketika berusia 25 tahun. Kita tidak dapat bayangkan potensi bakat besar anak Kuala Lumpur ini. Sepanjang hidupnya Zulkifli gemar mengembara antaranya adalah Eropah, Thailand dan Indonesia.
Kelestarian dan Kesinambungan Daya Kreativiti Seniman Kuala Lumpur
Kelangsungan bakat besar pengkarya kelahiran Kuala Lumpur dilanjutkan dengan kehadiran seniman berprofil tinggi.
Mereka adalah nadi dan penggerak seni kontemporari yang signifikan malah penyumbang kepada pembangunan komuniti.
Nuriman Amri Abdul Manap adalah anak kelahiran Kuala Lumpur adalah graduan Sarjana Muda Seni Halus (UiTM) yang bergiat aktif lewat 90an.
Karya bertajuk ‘Bandar hidup’ menenagi Nokia Art Award (Asia Pacific, Malaysia) 2001 dan menerima Anugerah Juri Bakat Muda Sezaman bagi karya bertajuk ‘Biar Paku Akupun Berdiri’ (2006).
Karya ini menggunakan ratusan paku yang dikutip sekitar bandar dan kemudian dibetuk menjadi sebuah arca penukul. Karya yang tersebut perlu dihujahkan serta dialogkan dalam konteks perkembangan muktahir seni yang mengangkat isu lokaliti.
Kini Nuriman kini membangunkan pusat kesenian di Taiwan serta menyumbang kepakaran beliau di sana.
Elias Yamani Ismail (Phd) mendapat pendidikan awal di St. John Institution. Elias adalah garduan Sarjana Muda Seni Halus (UiTM), Sajana Seni (USM) dan Doktor Falsafah, Jurusan Seni Halus (UPSI).
Seniman kelahiran Kuala Lumpur ini berkemahiran dalam beberapa disiplin sebagai pengkarya kontemporari, penyelidik, kurator dan penulis.
Bidang kerja beliau yang cenderung mengupas isu urbanisasi serta lokaliti menerusi pendekatan ‘bricolage’. Elias telah menjayakan 20 pameran independen dan selaku kurator telah menjayakan 7 pameran sekitar tanahair.[4]

Beliau turut menubuhkan Satu: Creative Collective yang berkerjasama dengan organisasi dalam dan luar negara seperti Geothe-Institut, Alliance Française, Sokka Gakkai, Oriental Foundation, Publika, Muzium Tunku Fauziah, dan Muzium Seni Asia.
Penubuhan Satu: Creative Collective tidak bersifat ekslusif seperti kumpulan seni tempatan yang terdiri ahli yang tetap dan ia meraikan kepelbagaian serta kemajmukan dalam seni kontemporari.
Elias merupakan anak Melayu pertama mendapat jemputan rasmi membentangkan penyelidikan di acara terkemuka Venice Biennale ke 59.
Ady Ezwan Nordin adalah anak watan Kuala Lumpur yang merentasi bidang seni kontemporari dan seni warisan.
Mendapat pendidikan awal di sekolah terkemuka Kuala Lumpur iaitu Victoria Institution.[5] Seterusnya melanjutkan pengajian di University Limkokwing dibawah tajaan Majlis Amah Rakyat (MARA).
Variasi karya berliau berbentuk installasi yang direalisasikan sewaktu menjayakan program komuniti seni Sasaran International Art Festival (2011) dan Pulau Ketam International Art Festival (2014). Beliau turut terlibat bersama Satu: Creative Collective dalam beberapa siri pameran dan commission project. Antaranya pameran ‘Interpretasi: Pembinaan Bermula’ eksperimental bertempat di Whitebox Publika, 2012.
Dalam bidang seni warisan pula Ady sering dijemput sebagai penceramah dan mengendalikan bengkel berkenaan destar, telepuk dan gerus di Muzium Negara di Kuala Lumpur, Muzium Terengganu, Muzium Kedah, Muzium Selangor, Muzium Negeri Sembilan, Pusat Kraftangan Malaysia dan Muzium Selangor.
Beliau mewarisi ilmu warisan Melayu yang perturunkan dari bapa mertuanya Wan Yahya Abdullah[6] dan Pak Tenas Effendy.[7]
Kesimpulannya kesinambungan bakat-bakat seni kelahiran Kuala Lumpur dewasa ini seperti Nuriman Amri Abdul Manap, Dr. Elias Yamani Ismail dan Ady Ezwan Nordin perlu diberikan perhatian.
Ini kerana generasi mereka telah mengorak langkah legasi pengkarya terdahulu seperti Dzulkifli Buyong, Zulkifli Dahlan, Mazli Mat Som.
Pendekatan dan idea karya mereka adalah menjurus kepada agumentasi isu global dan kontemporari.
Malah jika diteliti karya-karya mereka yang dihasilkan mendasari pengalaman masyarakat Melayu atau ‘The Malay Experience’ yang mendepani mereka.
Menyingkap isu tersebut yang kurang dibahaskan dalam karya-karya dihasilkan oleh pengkarya masa kini yang lebih menjurus kepada tuntutan kehendak pasaran seni aliran perdana.
[1] Wednesday Art Group diasaskan oleh Peter Haris pada 1952. Antara anggota kumpulan ini adalah Patrick Ng, Cheong Laitong, Dato’ Syed Ahmad Jamal, Anthony Lou dan Jolly Koh
[2] Kumpulan Anak alam ditubuhkan oleh Abdul Latiff Mohidin pada 1981. Kumpulan ini adalah serpihan dari Angkatan Pelukis SeMalaysia dan aktif dengan kegiatan seni rupa, puisi dan teater.
[3] Bakat Muda Sezaman adalah pertandingan seni rupa dwitahunan anjuran Balai Seni Negara sejak 1974.
[4] Satu: Creative Collective telah ditubuhkan pada 2008 adalah inisiatif dan platfom yang bukan ekslusif. Mereka merayakan kepelbagaian dalam usaha mengetengahkan bakat seni tanahair.
[5] Antara alumni Sekolah Menegah Victoria Institution adalah Dzulkifli Buyong, A. Samad Said dan Mokhtar Dahari.
[6] Merupakan pakar rujuk dan penulis buku ‘Destar: Warisan Malaysia Koleksi Terpilih’ terbitan Muzium Negara, 2004.
[7] Tenas Effendy nama penuhnya Tengku Nasaruddin Said Effendy adalah anak kelahiran Riau yang telah menaburkan sumbangan besar dalam dunia kesusasteraan Melayu. Ketokohan Pak Tenas amat menyerlah dalam pengumpulan ungkapan, pantun, sastera rakyat dan pelbagai khazanah rakyat Riau.
