SEMPENA pameran amal ‘Beauty in Elemets’, Satu:Creative Collective turut menyambut 15 tahun penubuhannya sebagai platfom seni premier yang mendapat tempat istimewa dalam perkembangan lanskap seni rupa Malaysia. Sambutan 15 tahun penubuhannya telah disempurnakan dengan kehadiran Yimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, yang sudi meluangkan masa melawat pameran amal tersebut. Pameran ini berusaha menghimpunkan seramai sepuluh orang karyawan seni tanahair. Berikut adalah barisan pengkarya terlibat Ady Ezwan Nordin, Amalia Syakirah, Dr. Elias Yamani Ismail, Dr. Emy Thiran, Fakir Md. Noor, Mat Ramli Mansor, Nurul Az, Nik Mohd Husyaidie, Nizam Radzaly, Pk Ee, & Zulfakal Ali. Mereka sangat bebesar hati dalam menyumbang ke arah usaha yang murni bagi mengumpul dana bagi komuniti pelarian. YB Khairul Firdaus turut menyatakan kepuasan hati beliau melihat hasil karya yang berkualiti karya yang dipamerkan berpotensi dimajukan ke peringkat global.
Sebagai makluman Satu:Creative Collective telah ditubuhkan pada 2008 malah telah berjaya mengadakan 23 buah pameran. Mereka bergerak aktif secara independen sejak 15 tahun penubuhannya di Kuala Lumpur. Satu:Creative Collective telah ditubuhkan oleh Dr. Elias Yamani Ismail bersama rakanya bernama Isnian Ibrahim. Menelusuri sejarah seni rupa platfom tersebut adalah satu-satunya kolektif seni yang bukan bersifat ekslusif di negara ini. Persoalannya kenapa inisiatif penubuhan Satu:Creative Collective waktu itu amat diperlukan? Menurut Dr. Elias dan Isnian, amat sukar untuk mengembangkan idea baharu serta berekspresi tanpa terperangkap dengan bentuk konvensional serta bebas dari tuntutan kehendak pasaran semasa. Hasrat kolektif ini adalah mewujudkan ruang di mana pengkarya negara ini berupaya menyalur idea pengkaryaan selari perkembangan seni global. Oleh demikian, sesuatu usaha bagi mengganjak paradigma seni tanahair. Seterusnya mendefinasikan bentuk seni berpandangan baharu serta segar berhasil dipamerakan. Oleh demikian, konsep yang di bawa oleh Satu: Creative Collective adalah revolusioner serta turut menyumbang pembangunan seni negara. Mereka menerapkan sikap pluralistik dan menyuntik aspek ilmu dalam setiap program yang laksanakan.
Pada fasa awal Satu: Creative Collective hanya bermula dengan mengumpulkan pengkarya untuk berpameran bersama di ruang awam. Ini kerana, menyedari sudah terdapat beberapa ruang di ibu kota yang sudi memberi ruang kepada pengkarya bagi mempamerkan karya mereka. Mengulas hal ini Dr. Elias Yamani Ismail menjelaskan peluang ini telah harus dimanfaatkan oleh pengkarya muda atau baharu. Ruang tersebut tidak mengenakan sebarang kos sewa maka ia banyak membantu pengkarya berpameran serta mendekatkan karya mereka kepada khalayak ramai dipersada seni tanahair. Ini tidak mudah bagi galeri swasta menerima karya bukan konvensional. Galeri sebegini juga tidak mudah mendapat akses dan dianggap elit di mata orang ramai. Selain berpameran Satu: Creative Collective juga menerapkan kaedah gotong-royong ia melatih pengkarya dalam pengacaraan atau pengurusan pameran mereka. Di mana setiap pengkarya yang terlibat dalam pameran berkumpulan mereka harus mempelajari serta menyumbang tenaga, sumber serta kemahiran dalam menjayakan sebuah pameran. Misalnya ada yang bertanggungjawab dalam membuat kertas kerja, rekaan bentuk poster, katalog, pengangkutan, jamuan, menggantung karya dan sebagainya. Pameran sulung anjuran Satu: Creative Collective bertajuk ‘Perception: Views and Angles’ berlangsung pada 6 hingga 23 Jun 2008 bertempat di Alliance Francaise Malaysia, Kuala Lumpur. Diketahui pada fasa awal ini Satu: Creative Collective telah berjaya mengadakan lima buah pameran bebas dari tahun 2008 hingga 2011.
Diperingkat seterusnya Satu: Creative Collective berjaya mengorak langkah dengan mewujudkan kerjasama dengan institusi pendidikan serta penglibatan jaringan bersama organisasi luar negara. Dikenalpasti lazimnya kumpulan atau kelompok seniman adalah terdiri daripada ahli yang tetap yang bersifat ekslusif. Namun Satu: Creative Collective membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin bersama mereka yang berhasrat berkongsi pengetahuan serta kepakaran mereka. Diketahui sejak awal lagi Satu: Creative Collective telah memplopori konsep do it yourself (DIY) dalam siri pameran independen dan pengenalan kaedah gotong-royang. Mereka turut kreatif dalam mengenalpasti berbagai ruang sedia ada yang berpotensi untuk dijadikan ruang berpameran. Menurut Dr. Elias seharusnya sebagai seorang seniman harus mewujudkan peluang dan bukan sebaliknya.
Oleh demikian, dalam usaha merapatkan jurang seni dengan masyarakat Satu: Creative Collective merencana suntikan program seni yang lebih dinamik. Penglibatan saudara Ady Ezwan Nordina dan Mohd Zahamri Nizar telah membawa peralihan gagasan visi yang baharu. Zahamri dan Ady memiliki asperasi untuk melihat potensi platfom tersebut untuk berkembang maju malah terus menyumbang bakti kepada masyarakat. Sehubungan itu, Zahamri selaku seorang penyelidik berpakaran dalam bidang manuskrip Melayu telah mencadangan satu komponen yang memberi fokus kepada seni Islami. Oleh demikian, terbentukla Nuqtah sebuah inisiatif yang memperkenalkan seni khat dalam beberapa siri pameran. Ini memandangkan tiada usaha yang mengetengahkan kesenian tersebut dalam pameran yang serius. Menyedari kekurangan apreasisi seni khat Dr. Elias merasakan tanggungjawab beliau untuk berusaha mempersembahkan seni khat dalam memupuk minat terhadap kesenian tersebut. Pameran siri Nuqtah yang diplopori oleh Satu: Creative Collective adalah pameran pertama seumpamanya. Di dalam menyumbang serta memperkenalkan hasil kerja seni tulisan khattat negara ini dalam sebuah pameran seni yang boleh dihayati masyarakat di Malaysia.
Umumnya diketahui pameran seni khat sebegini belum pernah diketengahkan di mana-mana galeri di Malaysia. Pameran pertama bertajuk: ‘Nuqtah: Asal Mula Sebuah Tradisi’, menampilkan karya oleh Ustaz Abdul Baki bin Abu Bakar, Ustaz Mohd Fadil bin Sulaiman, Ustaz Mohd Zulkifli Mohd Sobri, Mohammad Firdaus bin Mahadi Mohammad Ekhsan bin Md Hanif dan Mohd Zahamri Nizar telah dijayakan dengan kerjasama dengan Galeri Chandan, 2012. Pameran berikutnya ialah ‘Nuqtah: Seni Khat dalam Ruang Tradisi Melayu’ pada 2013. Ia yang memuatkan pameran seni khat di dalam sebuah rumah Melayu yang berusia seratus tahun. Rumah Tamu Datin Halijah adalah rumah binaan kayu tradisi Melayu masih berdiri kukuh di bandar bertempat di Taman Dato’ Senu, Sentul, Kuala Lumpur. Pameran ini merupakan sebuah penanda aras penting dalam sejarah perkembangan seni rupa Malaysia. Di mana pertama kali sebuah pameran khat telah diadakan dalam sebuah rumah tradisional Melayu. Pameran Nuqtah yang ketiga bertajuk ‘Jalinan Dua Tradisi:Puisi Melayu dalam Keindahan Seni Khat’ yang menampilkan karya terkini dari 16 orang khattat bertempat di Galeri Shah Alam, Selangor, 2013. Pengacaraan tersebut turut dimeriahkan dengan pernyertaan pameran manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Pameran keris dan persenjataan warisan Melayu oleh Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur dan promosi muamalat dinar dan dirham oleh Dinihari Dinar. Siri pameran Nuqtah yang dijayakan secara independen ini adalah sumbangan terbesar di negara ini khasnya kepada masyarakat Melayu dalam menyemarak kesedaran seni warisan kita.
Selaras dengan perkembangan global Satu: Creative Collective turut aktif mengetengahkan karya-karya eksprimental dan edgy waktu itu. Pada tahun 2012 Dr. Elias Yamani Ismail bersama Ady Ezwan Nordin telah berjaya merealisasikan pameran bertajuk: ‘Interpretasi: Pembinaan Bermula’, Whitebox, di Publika, Kuala Lumpur. Pameran berkumpulan ini menghimpunkan seramai 11 orang pengkarya iaitu Ady Ezwan, Annabelle Ng, Dr. Elias Yamani Ismail, Isnian Ibrahim, Jo Ghazali, Muhd., Muhamad Rasfan, Louise Low, Shahril Nawawi dan Syafiq Fawwaz. Pameran tersebut menyaksikan karya-karya berbagai medium dan presentasi. Misalnya soft-sculpture, arca instalasi, arca cahaya, fotografi, media campuran dan ekspresi seni dari bahan buangan. Turut menyumbang penulisan dalam katalog pameran ini adalah Uwei Hj. Saari, Zanita Anwar, Mohd Zahamri Nizar dan Kasia Kusnierz. Sumbang penulisan ini juga menjadi tradisi dalam setiap penerbitan katalog Satu: Creative Collective adalah usaha untuk merapatkan jurang penulisan berkaitan bidang seni di persada seni negara. Pameran iconoclast ini berjaya memberi impak pada lanskap seni rupa Malaysia. Di mana ketika itu lesu dengan karya-karya konvensional dan dekoratif. Pameran ‘Interpretasi: Pembinaan Bermula’ berhasil memecah belenggu dengan penampilan karya avant-grade pengkarya tempatan sejajar dengan kemajuan seni rupa di peringkat global.
Pada tahun 2013, pengkritik seni tersohor negara saudara Nasir Baharudin selaku kurator Galeri Serdang telah menjemput Satu: Creative Collecrtive untuk mengadakan pameran seni rupa yang pertama di Fakulti Rekabentuk dan Senibina di Universiti Putra Malaysia (UPM). Di antara pengkarya terlibat: Dr. Elias Yamani Ismail, Salma Lavente, Shahril Nawawi, Erry Arham Azmi dan Marfizul Azuan. Ia adalah sebagai lanjutan kepada pameran ‘Interpretasi: Pembinaan Bermula’. Merasakan kekurangan apresiasi terhadap medium fotografi yang kurang diberikan perhatian di negara ini. Oleh demikian, langkah seterusnya Satu: Creative Collective berusaha untuk mengadakan sebuah pameran fotografi pada 2014. Pameran bertajuk ‘Tangkap Gambar: Sebuah Dokumentasi’, adalah pameran fotografi bersifat kontemporari. Ia mengetengahkan idea terkini serta terjemahan baharu medium fotografi dengan kerjasama Galeri Shah Alam, Selangor. Antara pengkarya terlibat adalah Prof. Dato’ Dr. Ghulam Sarwar, Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon, Dr. Elias Yamani Ismail, Ady Ezwan Nordin dan Halim Rahim. Pameran tersebut juga buat pertama kali memperkenalkan siri dokumentasi fotografi Prof. Dato’ Dr. Ghulam Sarwar sewaktu menjalankan kerja lapangan dalam menyiapkan penyelidikan berkenaan seni warisan mak yong pada awal 1970an di kawasan pantai timur negara. Siri dokumentasi ini belum dilihat khalayak umum. Dr. Elias telah menyakinkan Prof. Ghulam berkenaan kepentingan berkongsi dokumentasi imej beliau dalam sebuah pameran. Pameran ‘Tangkap Gambar: Sebuah Dokumentasi’ telah dirasmikan oleh Allahyarham Tan Sri Dato‘ SeriAbdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang tutut berbangga dengan usaha pameran tersebut.
Fasa 2011 hingga 2015 Satu: Creative Collective telah berjaya mengetengahkan pameran penting malah prolifik secara independen di bawah dedikasi Dr. Elias Yamani Ismail. Satu: Creative Collective amat berkesan dalam menyedari kelompongan atau vacum yang wujud pada seni rupa tanahair. Pada tahun 2014 telah mengusahakan sebuah berkerjasama dengan Goethe Institut Malaysia bagi menjayakan sebuah pameran komprehensif merujuk kepada kepentingan medium lukisan (drawing). Dalam memperkenalkan lukisan kontemporari sezaman inisiatif ini telah dicadangkan oleh Dr. Elias bersama AstridKöppe artis Jerman yang berpengkalan di Berlin telah disabut baik oleh Pengarah Goethe Institut Malaysia iaitu Encik Rolf Stehle.Pameran‘Thinking Drawing’berjaya direalisasikan diGaleri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Pameran tersebut menampilkan kerja terkini oleh Abdul Latif Padzali Astrid Köppe, Chuah Shu Ruei, Eddie Choo Wen Yi, Liew Chee Heai dan Phuan Thai Meng. Pameran tersebut juga diiktiraf sebagai pameran penting dalam pensejarahan seni di negara ini.
Kejayaan dalam penganjuran pameran‘Thinking Drawing’maka pihak Goethe Institut sudi membiyaai pameran anjuran Satu: Creative Collective seterusnya iaitu ‘Extending Ideas’. Ia berdasarkan cetusan idea dari Dr. Elias Yamani Ismail. Pada kali ini pameran tersebut diadakan di dua lokasi iaitu di Feeka Bukit Bintang dan Muzium & Galleri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2016. Pada kali ini empat orang pengkarya terlibat dalam penganjuran pameran tersebut iaitu Eddie Choo Wen Yi, Dr. Elias Yamani Ismail, Astrid Köppe dan Veronika Neukirch. Pameran ini mengetengahkan idea ‘bricolage’ yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Perancis iaitu Claude Levi-Struss. Pengenalan konsep tersebut telah dihuraikan secara terperinci oleh Dr. Elias selaku kurator dalam penerbitan katalog pameran tersebut bertajuk ‘Melanjutkan Idea: Perspektif dan Fenomena Bricolage’. Dalam penulisan tersebut beliau menyentuh berbagai aspek dari falsafah ‘bricolage’ serta perkembangan idea tersebut dalam konteks praktis seni serta fenomenanya. Teks tersebut adalah perbincangan serius seumpanya yang diterbitkan dalam mengulas berkaitan konsep ‘bricolage’ yang selaras dengan praktis seni sezaman hari ini.
Pada perkembangan berikutnya di antara 2016 hingga 2020, pameran anjuran Satu: Creative Collective lebih berfokus kepada penyelidikan atau berteraskan realisme yang yang berdasarkan aspek pesekitaran lokaliti yang merujuk kepada ruang yang terkesan dari proses urbanisasi. Ia merupakan pameran pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu tersebut berjaya direalisasikan dalam sebuat pameran bertajuk ‘Constructed Environment & Shared Experience’ pada 2018. Ia menghimpunkan karya oleh Dr. Elias Yamani Ismail (Kuala Lumpur), Dr. Elham Shafaei (Dubai), Gonçalo Faro (Lisbon), Nik Mohd Husyaidie Che Hussin (Pulau Pinang and Nuriman Amri (Taipei) bertempat di Galeri Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2018. Pameran ini bermatlamat untuk mengetenghkan karya-karya berbentuk rangsangan, refleksi atau interpretasi pengalaman berada dalam ruang urbanisasi. Pameran tersebut telah berjaya mengumpulkan terjemahan pengalaman seniman dalam bentuk karya mereka yang mendiami serta berkerja di bandar-bandar tersebut. Seterusnya pada tahun 2019 pameran ‘Urban Experience: Lisbon & Kuala Lumpur’ menampilkan karya oleh Dr. Elias Yamani Ismail dan Gonçalo Faro iaitu kedua mereka merupakan anak jati yang lahir dan membesar dalam ruang urban. Pameran ini melihat terjemahan dua orang pengkarya yang bergiat aktif menghasilkan karya-karya mengekstraksi idea atau intipati pembandaran. Dr. Elias adalah pengkarya kelahiran bandar Kuala Lumpur manakala Gonçalo Faro membesar di bandar Lisbon, Portugal. Konsep pameran rentas budaya ini adalah cerminan sikap atau himpunan bersifat treatise yang diterjemahkan dalam badan kerja mereka. Pameran tersebut berjaya disempurnakan bertempat di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya dengan sokongan pembiayaan dari Oriental Foundation, Portugal. Pameran bertunjangkan kajian sebegini seharusnya diteladani malah penemuannya dapat dirujuk serta dibincangkan oleh sarjana seni dibincangkan secara lanjut dalam teks ilmiah.
Siri pameran berteraskan penyelidikan yang diplopori oleh Satu: Creative Collective diteruskan dengan pameran bertajuk ‘Transition Transformative: A Visual Experience’ yang menampilkan karya oleh Ady Ezwan Nordin, Dr. Elias Yamani Ismail, Fakir Mohamad Md. Nor Mat Ramli Mansor dan Sukor Romat. Pameran ini membicarakan kemungkinan gabungan sintesis atau mencadangkan visual syntax yang mampu terhasil dengan gabungan idea urbanisasi dengan terjemahan kaedah ‘bricolage’ dalam karya. Pameran seminal ini dikuratorkan oleh Dr. Elias turut memuatkan sebuah teks penting iaitu ‘Kesedaran Pemikiran Bricoleur dalam Konteks Kefahaman, Lokaliti dan Material’ dalam penghuraian hubungkait rapat amalan ‘bricolage’ dengan kefahaman kearifan tempatan di alam Melayu. Teks tersebut adalah dikenalpasti merupakan penting untuk dikongsikan serta dimanfaatkan. Menyedari hal tersebut Wanda Nanibush selaku kurator Art Gallery of Ontario telah menjemput Dr. Elias untuk membentangkan penemuan kajian beliau di acara seni berprestij iaitu Aabaakwad The Sámi Pavilion, Venice Biennale, 2022. Perkara ini adalah berita yang membanggakan rakyat Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara untuk mengiktiraf penyelidik negara ini yang mendapat jemputan rasmi di acara prolifik tersebut. Sejak penubuhannya pada 2008 sebanyak 23 buah pameran, 6 penerbitan katalog dan 8 sesi dialog kesemuanya dilakukan secara independen adalah usaha gigih dan hebat harus mendapat pujian warga seni Malaysia. Walaupun melalui ringtangan sukar dan berbagai cabaran yang di tempuhi Satu: Creative Collective. Namun usaha mendekatkan seni kepada masyarakat, membantu rakan seni dan mengetengahan ilmu dalam siri pameran mereka adalah usaha yang mulia. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada Satu: Creative Collective. Syabas diucapkan sempana 15 tahun penubuhan Satu: Creative Collective semoga lebih banyak lagi perkongsian ilmu serta kolaborasi seni yang dapat direalisasikan di masa hadapan.
15 Tahun Di Persada Seni Malaysia
