SALAH seorang pengasas kumpulan Anak Alam, Mustafa Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 9.10 malam Jumaat.
Allahyarham yang juga seorang penyair dan pelukis dilaporkan menghidap dementia sejak beberapa tahun lalu.
Khabar duka pemergian Mustapa,78, dikongsikan oleh Tokoh Penyair Kuala Lumpur, Pyanhabib di Facebooknya malam tadi.
“Dengan sepenuh kasih sayang, Allah mengambil sahabat akrab kami, antara abang tua pengasas Anak Alam kami, penyair-pelukis Mustafa haji Ibrahim. kami tidak mahu berdukacira, abang kami yang uzur, kami kembalikan kepada Allah dengan gembira.
“Allah memuliakan pemergian abang Tapa di hari nuzul Quran malam jumaat 17 Ramadan.
“Selamat berangkat ya, bang,” tulis Pyanhabib.
Dimaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada Jumaat. Sehingga berita ini ditulis, lokasi pengebumian belum dapat dipastikan.
Pada Februari lalu, sahabat-sahabat Allahyarham telah mengadakan pameran bagi mengumpul dana di galeri Hom Art Trans.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki.
Al-Fatihah.
