PADA bulan lepas dua acara popular telah berlangsung yang dinantikan oleh komuniti seni di Malaysia. Acara tersebut ialah Pertandingan Seni Catan Tahunan UOB, 2023 anjuran kumpulan UOB dan CIMB Artober 2023 anjuran kumpulan CIMB.
Kedua-dua acara ini dianjurkan oleh dua buah bank tempatan yang menyokong dalam menyemarakan kegiatan seni tanahair.
Sebagai pengenalan Pertandingan Seni Catan Tahunan UOB adalah ke 13 kali dalam penganjurannya. Ia menjemput para pengkarya Malaysia untuk mengetengahkan karya mereka di pertandingan tersebut.
Pihak UOB menjelaskan program ini adalah acara utama bagi bank tersebut. Menurut UOB pertandingan seni tahunan ini diperkatakan bersifat serantau dan terkemuka di rantau Asia Tenggara.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu artis senior atau established artist dan artis muda atau emerging artist.
Barisan juri pertandingan ini diketuai oleh Bibi Chew merupakan pensyarah di Institut Seni Malaysia, Ahmad Fuad Osman merupakan artis catan figuratif dan Choy Chun Wei artis catan abstrak.
Pemenang utama pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang bernilai RM100,000 dan berpeluang mengikuti program residensi di Muzium Seni Asia Fukuoka, Jepun bagi yang individu yang memenangi kategori keseluruhan di peringkat Asia Tenggara.
Penganjuran acara CIMB Artober 2023 pula adalah bersifat sebuah expo seni yang menggabungkan 17 buah galeri komersil tempatan di bawah satu bumbung.
Acara ini telah berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober 2023 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.
Ini merupakan penganjuran kali empat yang berfungsi sebagai pelantar strategik bagi mengetengahkan karya-karya seni oleh para pengkarya tempatan.
Ia bermatlamat meletakkan Malaysia diposisi sebagai sebuah pusat kesenian yang berdaya saing. Tahun ini memperkenalkan dua pelantar iaitu “CIMB Artober Art & Soul” sebuah expo seni yang disertai galeri swasta tempatan atau galeri komersil.
Manakala “Artober Fashion Week” menampilkan peragaan produk fesyen dari pereka fesyen tempatan.
Kumpulan CIMB menjelaskan mereka berhasrat menyumbang dalam pertumbuhan lanskap seni tanahair.
Di pelantar ini pihak CIMB berhasrat melihat potensi dan kepentingan dalam meyokong ekosistem dalam seni dan budaya malah memberi kepercayaan dalam menjaya ekonomi kreatif di Malaysia.
Selaras itu mewujudkan pasaran dan meningkatkan apresiasi seni seterusnya meletakan negara ini sebagai destinasi utama kesenian.
Memahami ruang masa dan peluang

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kedua acara di atas adalah perlu kita terlebih dahulu memahami konteks ‘seni’ yang dimaksudkan yang dibicarakan di sini.
Kefahaman ini mudah dianalogikan sebagai sebuah rumah dan apa pengisianya. Konsep rumah yang dimaksudkan adalah sebuah ruang yang mempunyai pengisian serta tuntutannya.
Diketahui perkembangan seni di Malaysia adalah masih muda. Namun tanpa kita sedari ia sudah berjaya mewujudkan kelompok bentuk seni yang disasarkan bagi menghuni katagori atau kelas tertentu.
Oleh demikian teks akan menjelaskan motivasi dan agenda dalam membangunkan pengisian ruang tersebut. Pengacaraan Pertandingan Seni Catan Tahunan UOB ke 13 dan CIMB Artober telah berjaya dianjurkan pada tahun ini.
Kedua acara ini memiliki karaktoristik atau kefahamannya yang tesendiri yang dianalogikan dalam ulasan ini. Namun dalam pengendalian dua acara tersebut tidaklah rigid dalam maksud yang kita lazimnya fahami.
Dikenalpasti kedua acara ini memiliki kelemahannya yang tersendiri malah kabur dalam matlamatnya juga tidak mantap.
Bila dibandingkan dengan acara sepertinya di luar negara yang memiliki perancanaan serta visi tertentu. Kedua acara ini hanyalah saduran idea luaran yang ingin diperkenalkan di arena seni tempatan tanpa kefahaman yang tepat.
Akan tetapi ia mempunyai potensi untuk dimajukan serta diberikan suntikan tambah nilai.
Seterusnya diperbaiki bagi memantapkan kelangsungan penganjurannya untuk kekal relavan, malah prominent dalam percaturan lanskap seni di Malaysia.
Mengulas pengacaraan Pertandingan Seni Catan Tahunan UOB karya-karya ditampilkan adalah kurang memuaskan. Rata-rata karya yang merangkul hadiah pilihan juri hanya berlegar-legar dengan kemahiran teknikal semata-mata.
Ia hanya disaluti pengkisahan yang palsu, cetek, superfisial dan mediocre. Kurang pasti kenapa pengkarya atau artis tempatan sering terikat dengan idea atau kerangka bersifat penceritaan.
Mereka hanya taksub dengan aspek penceritaan ia bukanlah ciri kekuatan yang diketengahkan dengan penggunan medium catan.
Jika mahu melihat kecemerlangan aspek naratif ini haruslah melihat penggunaan teks atau penulisan. Ini kerana penulisan adalah medium terbaik dalam penyampaian berbentuk naratif.
Jika seseorang ingin mengetahui sesuatu pasti kaedah naratif dapat dikomunikasikan secara sempurna dengan membaca buku atau medium dalam bentuk penulisan.
Jadi sebagai pengkarya anda perlu tahu kekuatan dan keberkesanan medium catan. Hanya kerana bersandarkan kepada aspek penceritaan menunjukan kelemahan serta kekaburan anda sebagai pengkarya. Malah agak kebinggungan juga apabila interprestasi bacaan pada karya-kaya ini meleset dari niat sebenar apa yang ingin pengkarya sampaikan.
Satu lagi kelemahan yang dilihat pada siri pertandingan ini adalah kefahaman pengkarya yang hanya termaktub kepada faktor olahan bahan dan teknik sahaja.
Tidakah ini satu bentuk limitasi serta perangkap yang dibina oleh pengkarya sendiri. Kenapa perlu menghadkan kreativiti anda?
Para pengkarya kerap berusaha menonjolkan ketekunan olahan bahan dan kemahiran teknik dalam karya mereka. Kemudiannya dengan mudah pula meletakkan pengkisahan yang tiada kena mengena langsung dengan karya.
Adakah karya-karya yang kita lihat dewasa ini di Malaysia hanya bergantung kepada kemahiran atau kerajinan mengisi tempat kosong semata-mata?
Persoalan dalam perspektif seni hari ini memerlukan kajian yang mendalam, agumentasi dan mengangkat persoalan sejagat.
Bidang seni bukan tempatnya bagi menampilkan idea-idea yang umum ketahui, lapuk atau kelaziman yang sudah tersedia jawapan kemudian disalin semula.
Dimanakah inovasi yang boleh dijelmakan dalam ruang kreatif serta buah fikiran atau tawaran baharu yang ingin pengkarya kemukakan dalam karya-karya mereka.
Amat malang sekali jika sudah ke 13 kali pertandingan ini berlangsung. Maka tiada peningkat dari sudut pemikiran seniman di Malaysia yang mereka kongsikan.
Pengkarya selesa serta berbangga dengan hanya berpusing sekitar topik ketakjuban olahan luaran sahaja. Adakah faktor hegemoni of ideas atau emergence of bad taste dalam pertandingan ini yang menyekat idea segar untuk terus tumbuh.
Atau keupayaan pengkarya di Malaysia hanya terhenti ditahap tertentu sahaja. Ini mustahil dipercayai kerana ramai pengkarya di sini sudah ada yang memiliki ijazah sarjana dan juga doktof falsafah yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Malah ada beberapa universiti awam sudah pun memperkenalkan penyelidikan studio misalnya di USM, UPSI dan ASWARA yang telah berhasil mengeluarkan graduan.

Diketahui penganjur pertandingan telah mengishtiharkan acara ini sebagai acara seni utama di Asia Tenggara.
Tidak pasti adakah UOB merasakan pertandingan ini sebagai sebuah acara yang serius atau hanya acara tahunan bagi memenuhi petunjuk prestasi utama (PPU) bagi syarikat ini yang perlu dilaksanakan pada setiap tahun.
Sehubungan itu, tidak pasti juga dengan komitmen UOB dalam merancana program dalam aspek penerbitan buku dengan pengisian penulisan penting bagi mengangkat acara tersebut sebagai platfom berprestij.
Misalnya seperti penganjuran pertandingan terkemuka tanahair seperti Bakat Muda Sezaman yang diperkenalkan sejak awal 1970an yang dianjurkan Balai Seni Negara.
Dikenalpasti rekod berbentuk penulisan dan ulasan dari sarjana atau pakar seni harus dititikberatkan malah rekod berupa gambar dan sebagainya menjadi bukti program tersebut bermakna.
Seterusnya tidaklah berlaku impliksi sekira komuniti seni menyoal keabsahan para pemenang pertandingan ini.
Lanjutan daripada itu wacana atau diskusi bersama pemenang mahu pun juri juga dapat menjelaskan niat disebalik karya yang dipertandingkan.
Sehubungan itu, sebagai sebuah platfom seni yang baharu pihak UOB seharusnya peka atau mengambil inisiatif dalam meletakan nilai tambah yang tidak diterokai serta dimanfaatkan sebaik mungkin.
Sikap self-indulgent yang ditonjolkan tidak menguntungkan mana-mana pihak ia hanyalah usaha ini hanyalah sia-sia serta membuang masa kerana ia tidak membuahkan hasil berpanjangan malah impak yang signifikan.
Penganjuran ekspo seni bukanlah suatu penganjuran atau pelantar yang baharu diperkenalkan di negara ini.
Ekspo seni sudah mula diperkenalkan sekitar 2017 oleh Expo Seni Malaysia. Kemudiannya bertukar menjadi Seni Deko Malaysia di 2022.
Dalam konteks expo seni rumah ini bersifat komersil matlatmatnya berpandukan kepada monetary atau kewangan. Motivasinya adalah berlandaskan beberapa faktor yang memungkinkan penganjur memperoleh keuntungan maksimum.
Karya-karya terpilih di sini adalah bersifat atau berupaya mesra ruang serta bercirikan dekoratif luaran yang menarik.
Karya-karya tersebut supaya ia berfungsi bagi mengindahkan di ruang-ruang tertentu misalnya ruang kediaman, ruang legar serta bilik-bilik di hotel dan memenuhi ruang-ruang pejabat.
Simbolik rumah di sini harus difahami kerana karya-karya yang dijual kepada kumpulan sasaran yang mahu memilikinya sebagai produk hiasan.
Sebagai sebuah produk yang dijajakan dalam expo ia harus memenuhi kriteria tersebut. Ini memastikan peniaga mendapat habuan hasil daripada jualan di expo yang terhad masanya.
Berikut adalah faktor karya-karya ini mudah diterima dan selesa di ruang ini. Pertama karya diukur dengan kebolehpasaran atau mesra pasaran iaitu ia mempunyai rekod jualan yang baik sebelum ini di galeri-galeri komersil.
Ini kerana karya ini menyakinkan pemilik galeri untuk memberi ruang untuk disertakan kerana ia pasti dapat dijual tanpa banyak usaha dari pihak galeri kerana sudah ada pembeli sedia ada.
Seterusnya karya-karya ini tidak terlalu sulit untuk memahaminya ini kerana pembeli mahu melihat karya yang menyenangkan hatinya atau sesiapa yang berkunjung ke ruang mereka.
Pembeli tidak mahu ambil peduli dari sudut intelektual atau kedalaman fikiran seseorang pengkarya yang disalurkan pada karya mereka.
Harus diingat karya-karya yang terlalu kompleks atau rumit dijelas akan dijauhi pada pembeli kerana ia sukar difahami dan memeningkan mereka.
Ini kerana pembeli tidak mempunyai kemahiran pemikiran yang terlatih seperti seseorang pengkarya melalui pengalaman hidupnya serta usaha menangkul keilmuan seni.
Faktor berikutnya adalah karya-karya yang diperhatikan adalah karya-karya yang menepati trend atau harus memenuhi permintaan semasa.
Apa sahaja fesyen atau ikutan yang dianuti ketika itu harus pengkarya cepat membaca supaya dapat menjadi sebahagian pengisian dalam rumah ini.
Jika musim ini didominasi oleh karya-karya berbentuk figuratif maka pemilik galeri akan mengambil peluang selaras dengan trend tersebut.
Seterusnya nilai sesebuah karya tidak menganjurkan idea atau sebarang keunikan maka ia tidak istimewa dalam erti bermakna dalam ukuran ilmu seni yang direbut dalam konteks kefahaman seni hari ini.
Oleh demikian, keutamaan di ekpo seni adalah tertakluk kepada kehendak pasaran atau trend bagi memenuhi permintaan semata-mata.
Karya-karya yang dijual di premis ini tidak mempunyai nilai istimewa atau berkepentingan untuk dijadikan khazanah negara.
Begitulah sebahagian daripada ciri yang perlu dipenuhi oleh pemilik galeri dan pengkarya yang berkeinginan untuk mendapat hasil jualan sewaktu ekpo seni berlangsung.
Apa sahaja yang percubaan menongkah arus perdana ini akan dipatahkan serta tidak mungkin mendapat tempat.
Malah salah tafsir dalam kefahaman yang menembus keluar daripada konteks penganjuran expo seni akan gagal. Disimpulkan CIMB Artober dalam penganjuran buat kali ke 4 ini juga tidak berkecuali.
** Ini adalah pandangan peribadi penulis rencana ini dan tidak mewakili pendirian editorial Seni Malaya.
