PELUKIS-pelukis muda perlu melihat sejarah bagaimana mereka bermula dan tidak perlu segan untuk melalui proses meniru imej-imej yang dilihat.
Dari proses itu, pelukis atau pengkarya akan berjaya melatih diri untuk melukis atau berkarya dengan lebih bagus.
Bagi Jalaini Abu Hasan, proses meniru imej-imej yang dilihat merupakan perkara yang beliau lakukan sejak awal penglibatannya dalam seni halus.
Jalaini tidak segan untuk mengakui perkara tersebut, dan kini beliau hadir dengan pameran solo yang diberi nama Melekat: Malay Kitsch.
“Asal usulnya melihat kepada bagaimana sejarah visualiti saya bermula.
“Ketika umur saya masih muda, saya selalu meniru, menghafal, menggunakan imje-imej yang saya dapati dari sekeliling bagi melatih diri saya untuk melukis.
“Kemudian saya tampal, proses menampal itu sama juga dengan menampal imej, menampal idea dan menampal juga rujukan-rujukan luar pada karya saya, itu sebab perkataan melekat itu dating,” katanya kepada Senimalaya ketika perasmian pameran solonya, Melekat: Malay Kitsch Disember tahun lalu.
Jelas beliau, melekat itu juga digunakan dalam konteks adaptasi budaya Melayu dengan budaya-budaya lain.
“Malay Kitsch ini sebenarnya tidak pernah datang dari Melayu pun.
“Malay Kitsh ini pinjam sekejap dari Thailand, pinjam sekejap dari Cambodia, pinjam sekejap dari Itali agak kepelbagaian sumber yang menghiasi estetika orang Melayu dari konteks kotemporari.
“Kalau kita pergi kenduri kita tengok bunag-bunga plastiknya, tikar-tikat getahnya yang berwarna-warninya, that the whole idea about Melekat and Malay Kitsch,” ujarnya.
Jalaini mengambil masa empat bulan untuk menghasilkan 10 karya-karya bersaiz besar dan lima karya saiz kecil untuk dipamerkan.
Melekat: Malay Kitsch dipamerkan di Galeri Puteh bermula 28 November hingga 17 Disember tahun lepas.
Menerusi pemeran solonya itu, Jalaini dengan teliti menyusun kolaj fabrik, manik, akrilik dan bitumen menjadikan ia seperti menarik dirinya mengingatkan yang beliau buat ketika kecil.
“Saya dibesarkan di sebuah kampung kecil (Batu Kurau) di Perak.
“Jadi satu-satunya pendedahan yang saya ada kepada dunia di luar kampung saya ialah melalui kertas pembalut barangan runcit kami akan dibungkus.
“Setiap kali ibu saya pulang dari kedai runcit, Saya tidak sabar untuk membuka kertas pembalut – ini adalah akhbar dan majalah yang datang dari Thailand, Indonesia, Myanmar.
“Saya akan memotong gambar-gambar itu dengan berhati-hati dan melekatkannya pada dinding saya.
“Saya rasa di situlah bermulanya perjalanan visual saya,” cerita Jalaini yang mesra disapa Jai.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pemikiran Jalaini tentang seni, miliki sebuah buku berjudul Sidang Sepetang.
Ia merupakan buku yang disusunnya dengan melihat kembali sejarah visualnya, yang turut menyertakan esei tentang kitsch oleh rakannya, Afiendi Salleh.
Buku itu adalah antara karya terbaru terbitan beliau, selain buku puisi pertamanya, Catan Sopan yang diterbitkan setahun sebelumnya.
