PENUTUP tahun 2024 lalu cukup bermakna kepada warga seni Malaysia khususnya pada pengiat seni serta pemain industri seni halus tanahair, apabila kerajaan telah mengiktraf dan mengangkat seni halus menjadi sebagaian seni warisan di negara ini.
Berita ini telah lama dinantikan oleh para pengkarya seni halus. Pekara ini secara langung telah memberikan harapan dan sinar kepada bidang ini. Pemberian anugerah adiguru dalam kategori seni halus kepada salah seorang tokoh yang terlibat dalam bidang tersebut amatlah dinantikan warga seni.
Acara penganugerahan tersebut berjaya disempurnakan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada hujung 2024 dalam acara gilang-gemilang penuh bersejarah. Pemberian anugerah ini setelah penganjur menilai sumbangan adiguru seni halus sebagai usaha mengiktiraf bidang seni halus di negara ini. Sehubungan itu, berita gembira ini secara tidak langsung mengangkat kerja-kerja seni halus setaraf dengan seni warisan yang wujud di gugusan Tanah Melayu.
Umum mengetahui bahawa gelaran adiguru ini hanya diberikan kepada tokoh atau pakar oleh masyarakat di Alam Melayu. Adiguru adalah individu yang mewarisi kemahiran dalam kraftangan seni warisan serta keupayaan kemahiran kerja tangan yang tinggi. Sehubungan itu, pihak kerajaaan menyedari kepeningan dalam mertabatkan serta memelihara seni warisan tanahair daripada terkesan daripada perubahan arus semasa.
Oleh demikian, dengan wujudnya kategori adiguru seni halus maka kerajaan telah mengiktiraf kerja-kerja seni halus menjadi sebahagian daripada seni warisan di negara ini. Diketahui bukan mudah untuk mengangkat seni halus setaraf dengan seni warsian. Ini kerana seni warisan dianggap unggul dan berstatus tinggi jika dibandingkan dengan seni halus menurut kefahaman masyarakat khasnya bagi orang-orang Melayu.
Sejak 1987 lagi kerajaan secara proaktif melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia berjaya mengenalpasti seramai 70 lebih tokoh yang telah dianugerahkan adiguru. Individu tersebut diberikan anugerah adiguru oleh kerajaan bagi mengenang jasa mereka yang komited serta memiliki kepakaran tinggi dalam penciptaan dan pertukangan seni warisan di negara ini.
Inisiatif kerajaan ini adalah bertujuan bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu yang bertanggungjawab memelihara dan meneruskan seni dan kebudayaan yang diwariskan sejak dahulu lagi.
Adiguru adalah gelaran khas yang diberikan kepada mereka yang berperanan penting dalam usaha memulihara seni dan memelihara seni warisan. Penganugerahan ini dinilai melalui ketinggian hasil kerja tangan dengan kesungguhan serta kesediaan adiguru untuk mewariskan ilmu kepada generasi pelapis. Secara langsung mengukuhkan kewibawaan dan peranan adiguru sebagai tokoh dan pakar rujuk bagi memartabatkan dan mengekalkan kelestrian seni warisan dan memperlihatkan ketinggian kebudayaan sesebuah negara seperti di Malaysia.
Mengulas berkenaan subjek seni halus yang merujuk kepada produk berbentuk kraf. Ia dikesan dipengaruhi dua faktor utama iaitu kemahiran dan kehendak pasaran. Sandaran kepada dua faktor ini yang menjadi penentu kepada kejayaan produk seni halus oleh pengusaha dalam pasaran seni halus.
Menerusi pemerhatian objek seni halus baik berbentuk dua atau tiga dimensi mesti menonjolkan hasil kerja tangan yang halus dari segi ketelitian pembuatnya. Malah pemilihan bahan tepat dalam pembuatan sesebuah kraf menentukan mutunya.
Oleh yang demikian, kerja-kerja seni halus haruslah tampil dengan kemahiran kerja tangan yang menghasilkan pertukangan yang bermutu. Takrif umum kraf adalah aktiviti seni dan kemahiran dalam menghasilkan objek atau barangan dengan menggunakan teknik dan bahan tertentu. Kebiasanya ia dihasilkan secara manual atau laborious process dan dengan sedikit penggunaan teknologi.
Kraf melibatkan kreativiti dan ketelitian dalam penghasilan objek yang bukan sahaja berguna dalam kehidupan seharian, tetapi juga mempunyai unsur estetika dan seni. Berikut adalah ciri utama yang diperhatikan dalam pembinaan sesebuah kraf:
- Kemahiran Teknikal: Kraf memerlukan kemahiran tinggi dalam mengendalikan alat dan bahan. Teknik-teknik seperti ukiran, penyusunan, anyaman, jahitan, dan pembuatan benda-benda logam atau seramik sering digunakan dalam proses penghasilan kraf.
- Penggunaan Bahan Asli: Banyak objek kraf dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti kayu, rotan, tanah liat, logam, tekstil, dan kulit. Bahan-bahan ini sering dipilih kerana kesesuaiannya untuk diproses dengan tangan dan kebolehannya untuk menghasilkan produk yang tahan lama dan estetik.
- Estetika dan Fungsi: Objek kraf bukan sahaja berfungsi untuk kegunaan harian (seperti peralatan rumah tangga, aksesori, atau pakaian), tetapi juga sering dihiasi dengan elemen-elemen seni yang memberikan nilai estetika kepada objek tersebut. Dengan itu, kraf menggabungkan fungsi dan seni dalam satu produk.
- Kreativiti dan Inovasi: Dalam dunia kraf, kreativiti adalah unsur penting. Setiap karya kraf menggambarkan penghasilan yang unik dan berbeza, mencerminkan personaliti atau budaya pengrajin dan masyarakat tempat ia dihasilkan.
- Warisan dan Tradisi: Kraf sering kali mewakili warisan budaya dan tradisi sesebuah masyarakat. Banyak bentuk kraf yang telah dipraktikkan sejak berabad-abad lamanya dan diteruskan dari generasi ke generasi. Kraf ini turut mencerminkan sejarah, kepercayaan, dan identiti sesebuah komuniti.
Setiap jenis kraf ini melibatkan proses yang memerlukan ketelitian dan kepakaran dalam mencipta objek yang tidak hanya berguna tetapi juga mempunyai nilai estetika yang tinggi. Hasil kraf memerlukan kreativiti akan tetapi haruslah menurut format khusus dengan sedikit toleransi dalam bentuk gubahan misalnya dalam gambaran corak motif tertentu.
Secara keseluruhan, kraf adalah aktiviti yang merangkumi aspek seni dan kemahiran tangan untuk menghasilkan barang-barang yang berkualiti dan penuh nilai estetik, serta sering kali mengandungi elemen-elemen budaya dan sejarah masyarakat tempat ia dihasilkan.
Dalam mengupas faktor kedua iaitu kehendak pasaran yang telah dinyatakan sebahagian aspek yang menentukan nilai kraf selain daripada faktor kemahiran. Mengupas konteks kehendak pasaran adalah ukuran utama dalam menentukan kejayaan sesebuah kraf dalam pasaran yang dinamik dan terbuka hari ini.
Sandaran pasaran ini mengundang beberapa strategi bagi menaikan nilai produk kraf. Misalnya dengan platform pertandingkan mampu menaikan nilai sesebuah kraf seperti catan.
Penganjuran pertandingan tahunan seperti Pertandingan Seni Catan Tahunan oleh Kesatuan Perbankan Seberang Laut (UOB). Penganjurannya yang telah memasuki jumlah sebanyak 14 kali menjadi tumpuan para pengkarya tempatan. Pemenang utama pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang bernilai RM100,000. Penilaian yang menjadi ukuran adalah hasil pertukangan atau crafmenship yang ditonjolkan pada karya berbentuk catan. Penilaian inilah yang sering mendapat habuan hadiah utama pada setiap kali acara pertandingan seni berprestij ini diadakan.
Selain pertandingan peranan pihak galeri komersil turut memberi impak kepada nilai sesebuah karya dalam konteks pasaran seni. Galeri komersil akan menggunakan berbagai tektik bagi meraih minat para pembeli produk.
Dalam hal ini produk dimaksudkan adalah karya seni yang berbentuk dua dimensi mahupun tiga dimensi. Namun dalam konteks seni rupa Malaysia (Serum) produk berbentuk catan mendominasi pasaran dan popular di kalangan pembeli tempatan.
Pihak galeri komersil akan memasang strategi seperti mengembar-gemburkan perkhabaran acara pameran di galeri anjuran mereka disaluran media cetak, elektronik dan media sosial.
Galeri komersil akan menyediakan ruang premis bagi mempamerkan produk jualan dan mengadakan acara secara tertutup atau private viewing yang menyasarkan kepada kelompok pengumpul seni sahaja. Adakalanya pihak galeri komersil akan mencetak katalog pameran yang mencatat butiran pengkarya sertakan beberapa imej karya. Tertera kandungannya sedikit tulisan ringkas yang tidak terlalu sarat jargon akademik. Hal ini akan bertujuan menambat hati pembeli malah tidak membebankan bagi pengkumpul seni yang ingin mengenali karya-karya yang sedang dipamerakan.
Dalam mengharungi serum, kehadiran ramai pengkarya yang lahir dari Institusi Pengajian Awam (IPTA) telah merancakkan lagi pemain dalam bidang seni halus turut juga tidak dikecualikan para pelukis yang tidak mendapat pendidikan formal.
Lambakan karya dalam kadar yang tinggi dalam pasaran seni hari ini menjadikan seni tanahair lebih mencabar. Malah dengan motivasi dan galakan dari pihak IPTA turut mengesorkan para tenaga pengajar mereka untuk secara terus bergiat aktif di persada seni memberi saingan hebat kepada pengkarya seni halus sepenuh masa di tanahair.
Oleh itu, pihak kerajaan yang perihatin telah menjemput para pengusaha seni halus berpeluang turut serta dalam acara Hari Kraf Kebangsaan anjuran Kraftangan Malaysia yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya (KPSB).
Pihak Kraftangan Malaysia juga berperanan menyediakan tapak koloni artis bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Di mana pengiat seni halus atau pengusaha kraf berpeluang menjual secara terus atau mengadakan sesi bengkel serta demonstrasi hasil tangan mereka dengan kerjasama pihak Kraftangan Malaysia.
Usaha serius pihak Kraftangan Malaysia ini harus dipuji dengan mengetengahkan hasil kraf pengusaha seni halus tempatan kepada masyarakat. Lantaran itu, penulis berfikir sepatutnya bidang seni halus ini juga diperkenalkan dalam sukatan pelajaran di Institut Kraf Negara bagi melestarikan bidang tersebut.
Dalam membicarakan aspek pasaran siapakah atau kumpulan berfokus yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada pengiat seni halus? Persoalan ini haruslah dijawab terlebih dahulu oleh para pengiat atau pengusaha seni halus sebelum mereka menceburi bidang ini.
Pengetahuan ini penting dalam menjanjikan kebolehpasaran produk malah melestarikan produk kraf mereka dalam pasaran masa kini. Oleh demikian, mereka haruslah mengambilkira keputusan jitu dan tepat dalam merangka strategi.
Apakah jenis bentuk produk yang berupaya memenuhi kehendak pasaran tersebut? Jawapan persoalan ini adalah direct iaitu mereka haruslah mengikut kehendak yang memenuhi selera dan citarasa pengumpul seni.
Ini kerana kelompok inilah kumpulan sasaran kepada pengiat atau usahawan seni halus. Mereka adalah pelanggan atau client yang menjadi penaung atau penyokong utama dalam kelestarian kerja-kerja seni halus muktahir ini.
Di Malaysia khasnya pengumpul senilah yang mencorakkan kehendak pasaran seni harus di tempatan. Pengiat seni halus tidaklah boleh sewenag-wenagnya menghasilkan produk yang mengikut rentak atau berekspresi mereka secara tidak menentu.
Sikap sebegini tidak menguntung pihak pengusaha produk yang menampilkan karya-karya yang tidak menepati kehedak pasaran seni tanahair. Oleh itu, para pengiat seni halus kini harus cekap dalam mengambil peluang dalam menuruti indikasi kehendak pasaran semasa.


Terima Kasih
Tuan menulis tentang anugerah tersebut.