Rumah pangsa, ikonik dalam landskap bandaraya Kuala Lumpur, telah menjadi saksi bisu kepada beribu-ribu kenangan dan cerita.
Ia adalah tempat di mana keluarga berbesar berkongsi suka dan duka, di mana sahabat-sahabat dulu bersua kembali dan di mana rintangan hidup dihadapi bersama-sama.
Untuk merayakan warisan unik ini, sebuah pameran seni yang mengisahkan cerita-cerita kenangan di rumah pangsa telah dianjurkan di galeri Rissim Contemporary.
Pameran seni ini diberi nama “Pangsa” dan ia memaparkan karya-karya seniman muda Saiful Razman Mohd Kassim.
“Pangsa” bukan sekadar sekumpulan karya seni yang indah, tetapi juga satu bentuk penghormatan kepada masyarakat yang tinggal dan membesar di rumah pangsa.
Ia mengingatkan kita bahawa setiap rumah pangsa mempunyai kisah-kisah unik yang patut diceritakan, dan kehidupan di rumah pangsa adalah sebahagian daripada sejarah sosial dan budaya yang perlu dihargai.
SOT RAZMAN PANGSA

“Pangsa adalah bagi saya directly kepada simbol kepada sebuah kehidupan dimana rumah-rumah pangsa atau rumah kos rendah adalah sebagai simbol ketahanan, simbol kecekalan golongan pekerja, pelajar dimana saya menrungkaikan experience saya baru berhijrah dari Perak, dari kampung ke bandar”
Saiful Razman juga memberitahu, “Pangsa” bukan hanya kenangan peribadi beliau tetapi ia adalah kenangan bersama teman-teman yang dihimpunkan dan dicurahkan ke atas kanvas.
SOT RAZMAN PANGSA 2
“Ia adalah kenangan, ya ia dalah kenangan-kenangan lama yang dan juga kenangan kolektif bersama teman-teman yang masih lagi cuba untuk hidup di Kuala Lumpur”
Saiful Razman mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan 11 karya yang menceritakan pengalaman di rumah Pangsa.
Pangsa berlangsung bermula 7 Oktober hingga 5 November nanti di gaeri Rissim Contemporary di Bangsar.
Melalui pameran seni ini, pengunjung dapat merenung kembali kenangan mereka sendiri tentang rumah pangsa dan merasakan kehangatan serta nostalgia yang mengiringi pengalaman tersebut.
Pameran ini memberitahu kita bahawa rumah pangsa bukan hanya bangunan batu bata, tetapi juga pembawa cerita-cerita kenangan yang abadi.

