PEMAIN gitar kumpulan Spider dan jurutera bunyi Luncai Emas, Hanafi Hamdan atau Napie menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh awal pagi Jumaat.
Berita pemergian Napie dikongsikan Datin Marlia Musa kepada Senimalaya.
Julai lalu, Napie dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat diserang strok ketika berada di Studio Luncai Emas.
Sementara itu, Astro AWANI melaporkan, isteri Allahyarham Napie, Norasidah Said memaklumkan suaminya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh pada pukul 12 tengah malam tadi dan menghembuskan nadas terakhir pada pukul 3.54 pagi.
Selain Norasidah, Allahyarham Napie juga meninggalkan tiga cahaya mata.
Jenazah Napie dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Napie juga akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat sekitar pukul 9 pagi.
Bagi yang mengenali Napie dan ingin memberi penghormatan akhir buat Allahyarham, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.

