Dr Mohamad Saleeh Rahamad mengekal jawatan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) bagi penggal kelapan.
Beliau dipilih untuk mengekalkan jawatan tersebut dalam pemilihan yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PENA kali ke-61 pada Ahad.
Mohamad Saleeh yang memperolehi 54 undi menewaskan seorang lagi calon, Mohd Khair Ngadiron yang mendapat 33 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden, Dr. Hanafi Ibrahim mendapat 51 undi menewaskan Syed Mohd Zakir Syed Othman yang mendapat 47 undi.
Norzuraina Mohd Nor yang mendapat 58 undi dipilih memegang jawatan setiausaha agung menewaskan Lutfi Ishak yang memperolehi 32 undi.
Jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi Zaifulnizam Wagiran yang meraih 50 undian menewaskan pencabarnya, Rosman Md Shah.
Azalan Hussain mengekalkan jawatan bendahari selepas menang tanpa bertanding.

Selain bendahari, jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi tetap dimenangi tanpa bertanding oleh Roslan Madun dan Mohd Radzuan Ibrahim.
Pemilihan kali ini turut melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) PENA terdiri daripada Rosman Md Shah, Norhayati Ab Rahman, Barupawati Utamaju Baharum, Shamsudin Othman dan Nazhatulshima Nolan.
Pelakon berbakat, Aloy Paradoks turut dipilih sebagai AJK PENA untuk penggal ini.

Jawatan pemeriksa kira-kira pula disandang Adam Buck Lee dan Karim Mohamad.


Syabas semua yg hadir AGM lebih 110 ahli jauh dan dekat.
Tahniah barisan AJK PENA yg dipilih. Moga PENA terus maju dlm era digital dan AI ini.