Sebuah majlis penghormatan khas kepada Adibah Amin (Sri Delima), seorang ahli akademik, sasterawan, wartawan, ahli bahasa, penulis dan penterjemah bahasa Melayu serta bahasa Inggeris, pelakon dan juga Tokoh Wartawan Negara 2023 telah diumumkan oleh ahli keluarga dan juga sahabat terdekat beliau. Majlis tersebut dijadualkan bakal diadakan pada 12 April 2026 bertempat di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, dengan YTL Hotels selaku penaja lokasi. Ia bertujuan untuk meraikan sumbangan besarnya terhadap dunia kesusasteraan dan penulisan tanah air, disamping mengumpul dana sokongan bagi menampung pembiayaan kesihatan beliau yang agak merosot pada usia yang sudah mencecah 90 tahun.
Pada majlis makan malam itu juga akan diadakan pelancaran ‘As I Was Passing: Legacy Edition’, sebuah himpunan terpilih nukilan Adibah Amin dengan matlamat untuk memastikan sumbangan beliau kepada warisan kesusasteraan negara dapat memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Majlis tersebut bukan sahaja menjadi tanda penghormatan terhadap Adibah Amin tetapi juga inisiatif bersama komuniti yang menghargai hasil tulisan dan sumbangannya disepanjang pengelibatan beliau dalam bidang penulisan, kesusateraan dan juga kewartawanan.

Sepanjang kariernya, Adibah Amin telah memberi impak besar dalam dunia kewartawanan dan juga kesusasteraan negara melalui peranannya sebagai editor di The Star, New Straits Times, juga pernah mengukir sejarah sebagai editor wanita pertama di Berita Harian. Adibah Amin juga dikenali sebagai kolumnis, penterjemah, pendidik dan novelis, serta pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Tunku Kurshiah, sebuah sekolah asrama penuh wanita pertama di Malaysia. Beliau juga merupakan anak kepada Allahyarham Tan Sri Hajah Zainun Bt. Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai ‘Ibu Zain’, salah seorang daripada pejuang kemerdekaan negara.
Naskhah Adibah Amin yang kaya dengan jiwa, jenaka bersahaja, serta nilai kemanusiaan yang mendalam berjaya merakam ragam hidup masyarakat Malaysia, sekali gus merapatkan jurang bahasa, darjat, dan budaya. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada tahun 2024, iaitu suatu penghormatan tertinggi untuk beliau yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, .
‘As I Was Passing: Legacy Edition’ menghimpunkan sorotan kehidupan seharian, masyarakat, dan nilai kemanusiaan – memberi peluang kepada pembaca untuk meneroka semula keindahan Malaysia serta kepelbagaian warganya. Dengan sumbangan minimum RM50, naskhah ini dapat dijadikan koleksi sastera berharga serta menyokong kebajikan dan penjagaan beliau.

Untuk Majlis Makan Malam Amal, sumbangan bermula daripada RM5,000 untuk satu meja dan bagi pelancaran buku ‘As I Was Passing: Legacy Edition’ pula, sumbangan minimum sebanyak RM50 untuk setiap naskah.
Para tetamu bakal disajikan dengan malam istimewa dengan sesi bacaan karya, apresiasi seni, serta penghormatan daripada rakan penulis dan penggiat seni. Segala hasil kutipan majlis dan sumbangan buku ini akan disalurkan sepenuhnya untuk kebajikan beliau serta penubuhan anugerah sastera.
“Karya Adibah Amin sentiasa menjadi sumber kegembiraan, tawa, dan inspirasi buat kita semua. Buku Legacy Edition serta Anugerah Sastera ini akan memastikan suara beliau terus membimbing dan menyuntik semangat kepada generasi masa hadapan. Kami menyeru para bekas pelajar, rakan setugas, serta semua yang menyanjungi karya beliau untuk bersama-sama meraikan dan menzahirkan sokongan buat Adibah Amin,” kata Profesor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman, Presiden & Pro Naib Canselor Monash University Malaysia, dan juga sahabat kepada Adibah Amin.
Pakej tajaan eksklusif tersebut kini ditawarkan kepada syarikat korporat dan juga para tokoh perniagaan yang berhasrat untuk menyokong warisan sastera Malaysia, sekali gus memberi penghormatan kepada salah seorang penulis paling disanjungi negara. Para penaja akan diberikan penghargaan khas sepanjang majlis serta melalui hebahan yang berkaitan. Sokongan ini bakal menjadi sumbangan bermakna dalam memelihara legasi sastera Adibah Amin agar terus kekal sepanjang zaman. Para indivisu dan juga syarikat yang berminat boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai pakej tajaan tersebut dengan menghubungi: adibahamin.tribute@gmail.com.
Orang ramai, pencinta seni sastera, bekas rakan setugas, serta seluruh warga yang menghargai dunia penulisan Malaysia dijemput hadir bagi memberi penghormatan buat tokoh negara ini. Kehadiran para tetamu merupakan simbol solidariti dan sokongan bermakna terhadap kebajikan Adibah Amin. Bagi mereka yang berhasrat menghadiri majlis makan malam atau mendapatkan naskhah ‘As I Was Passing: Legacy Edition’, boleh mendaftar melalui https://bit.ly/AdibahAminTribute
Sebarang sumbangan dana boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Nama Akaun: EL EDGE RESOURCES (Malayan Banking Berhad: 5127 5460 9073)
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Debbie Koh I Email: dkoh@jirehconsult.com I WhatsApp: +60 12 206 1961
