SUDAHKAH anda bersedia untuk satu pementasan teater, yang bakal memberi seribu satu kenangan indah dalam hidup?
Ya, ini bukan cerita dongeng dari masa lampau yang dibawa ke masa kini, sebaliknya ia adalah kisah nyata dalam masa terdekat.
Teater Persiapan Seorang Aktor yang menampilkan dua pelakon hebat yang dianggap serasi bila digabungkan, Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin kini berada dalam fasa terakhir latihan sebelum menemui penonton bermula 27 hingga 30 Jun ini.
Gandingan Aloy dan Fazleena mungkin mampu memberi magis tersendiri untuk menarik seramai mungkin penonton teater yang akan dipentaskan di Studio Sedar Ruang, Alam Budiman, U10 Shah Alam.
Bercakap kepada Senimalaya, Fazleena memaklumkan, teater Persiapan Seorang Aktor merupakan sebuah teater yang tidak mendapat tajaan mana-mana pihak. Ia sepenuhnya ditanggung oleh penerbit dan pengarahnya.
“Kami masih belum pasti, apa pulangan (teater) ini nanti. Masih ada lagi ke yang mahu lihat Aloy, Fazleena dan saya berlakon? Kami semua sudah berusia. Bagaimana pula dengan penerimaan audiens? Studio pula jauh dari bandar. Ada orang nak datang?
“Kami fikir (pembikinan teater) ini adalah satu benda yang berani. Risikonya besar. Tetapi, apa yang membuatkan kami teruskan juga adalah passion (semangat) kami untuk terus menghidupkan sen,” kata pengarahnya Dr. Syahrul Musa seperti dilaporkan relevan.com.my
Dr. Syahrul yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Seni Persembahan, Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini merupakan kali kedua dia berpeluang mengarahkan teater yang sama. Kali pertama, ia dilakonkan oleh pelajar diploma Kolej Seni Kreatif UiTM di Ruang Eksperimen FiTA (REF), Februari lalu.
Tiket sudah mula dijual di https://teaterpsa.peatix.com/ dengan harga serendah RM40. Teater akan bermula pukul 8:30 malam. Pastikan jangan lambat, agar anda tidak terlepas aksi hebat Fazleena dan Aloy walau sebabak.
