SENIMAN Datuk M.Nasir mengajak peminat-peminatnya untuk bersama menyambut Hari Raya Aidilfitri di Zepp Kuala Lumpur pada 13 April depan.
Dalam satu kenyataan, Icon Entertainment memaklumkan pihaknya mengajak peminat-peminat seniman tersebut untuk bersama-sama beraya, menikmati juadah di rumah terbuka dan kemudian menyanyikan lagu-lagu raya ciptaan beliau di Konsert Cipta Raya.
“Jarang-jarang kita berkonsert, berumah terbuka di satu lokasi yang sama.
“Kita buka ketidakbiasaan ini dan mewujudkan CIPTA RAYA untuk semua.
“Buat semua para peminat Dato’ M.Nasir, jangan lupa dapatkan tiket untuk kita sama-sama berumah terbuka (juadah Raya disediakan) dan berkonsert selepas itu,” kata kenyataan yang disiarkan di sosial media.

Tiket-tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya mulai 5 Mac 2025 ini (Rabu), jam 11:00 pagi.
Tiket Kategori seperti berikut:
Rendang dan Ketupat (standing) – RM 258
Lontong dan Kuah Kacang – RM 388
Lemang dan Serunding – RM 588
VIP Box – RM 10,000


