SENI dan kreativiti adalah unsur yang saling berhubungkait, ia membentuk bagaimana manusia mengekspresikan dirinya, kreativiti adalah refleksi sesebuah masyarakat dan mampu menjana imaginasi serta berupaya menjangkakan beberapa kemungkinan akan datang. Kreativiti mampu memberikan pengertian baharu atau segar pada inovasi artistik. Perkara ini dapat disalurkan dalam seni dalam bentuk seni berupa catan, arca, persembahan, fesyen, media digital dan instalasi yang memupuk ruang kreativiti untuk bermanifestasi. Oleh demikian, praktis atau amalan kesenian ini bukan sahaja cerminan pengalaman manusiawi malah kreativiti berupaya mencabar norma atau kelaziman dan menginspirasikan transformasi dalam kesenian yang telah wujud malah merentasi budaya dan sepanjang zaman.
Dikenalpasti sejak zaman pra sejarah lagi, kreativiti telah menjadi unsur penting atau essential dalam merakam memori dan salah satu kaedah manusia berkomunikasi. Penemuan lukisan gua di Lascaux and Altamira bukan hanya imej-imej di dinding. Ia adalah sebahagian dari kaedah ritual, penceritaan dan mencipta sesebuah identiti setempat. Hal ini juga dikesan wujud pada peradaban kuno seperti di Mesopotamia. Seni yang menyalurkan ciri-ciri spiritual, politikal dan kaedah pendidikan kepada masyarakat waktu itu.
Seterusnya di zaman Renaissance menandakan detik perubahan, di mana peranan artis atau seniman sebagai pemikir mula mengambil tempat. Di mana karya-karya yang dihasilkan seniman diterima sebagai pencetus inovasi mula didefinasikan dalam perkembangan sezaman. Misalnya seniman seperti Leonardo da Vinci dan Michelangelo menggabungjalin bidang sains, falsafah dan teknik dalam mencipta suatu paradigma baharu dalam praktis seni.
Dalam perkembangan seni di abad ke 19, kemunculan gerakan seni di Barat seperti Impressionisme, Dadaistme, Surialisme dan Ekspresionisme Abstrak berjaya memecah belenggu dan merubah peraturan formal dalam seni. Seniman seperti Picaso, Duchamp dan Pollock memberi respon dan reaksi pada kemusnahan peperangan, faktor kemodenan, peraliahan identiti dengan mencabar definasi dan kerangka yang diberikan pada bentuk, makna dan istilah yang diberikan terhadap seni. Di era kontemporari, kreativiti telah dikembangkan melalui praktis konseptual, instalasi digital, persembahan, bunyian hasil audio dan seni boleh pakai.
Paradox dalam Penghasilan Kreativiti
Perbahasan atau wacana dalam membincangkan topik kreativiti di persada seni rupa Malaysia (Serum). Telah lama terikat dengan keupayaan teknikal serta membentuk rupa dan kemasan karya. Oleh itu, kemampuan seseorang pengkarya untuk mencatan atau kemahiran membuat bentuk atau merupakan sesuatu lazimnya diraikan sebagai kejayaan. Namun dalam praktis malah amalan seni kontemporari, kemahiran sedemikian tidaklah dianggap sebagai sebuah inovasi atau istimewa dalam sesebuah pembikinan karya seni. Persoalan utama hari ini bukan sebab kebolehan seseorang pengkarya boleh membuat dan membikin atau to produce (dalam apa bentuk sekali mahu pun persembahanya). Akan tetapi, bagaimana sesebuah karya membina kefahaman yang mendalam, mencabar kelaziman atau kebiasaan malah mencadangkan pengetahuan baharu dalam bidang seni.
Kreativiti tidak semestinya diterjemahkan atau difahami sebagai ciri inovasi. Ini kerana, kreativiti adalah sebahagian daripada ekspresi, keaslian dan visi yang bersifat personal. Maka sebab itu, aspek inovasi menuntut lebih daripada kefahaman sedia ada. Inovasi menambah nilai dalam bahasa artistik yang sudah wujud, mengkritik amalan dokmatik dalam seni, menggembangkan koseptual dan pembelajaran pengalaman dalam lapangan seni itu sendiri. Untuk makluman pembaca, sesebuah karya itu mungkin berhasil dalam pembentukan visualnya. Namun malang sekali ia masih ketinggalan dari segi intelektual dan nilai artistik yang terbantut atau jumud. Perlu diingatkan inovasi hanya lahir daripada proses inkuiri. Ia pasti melibatkan kaedah pencarian ilmu pengetahuan dan bukannya berlegar dalam perkara kebiasaan atau kelaziman yang sudah diketahui umum.
Teori Four-C Model of Creativity yang diperkenalkan oleh Kaufman dan Beghetto, kreativiti boleh difahami melalui empat tahap, iaitu mini-c (personal expression), little-c (daily creativity), pro-c (professional), dan big-c (remarkable achievement). Konteks pendidikan di seni di Malaysia banyak program tertumpu pada tahap little-c iaitu kemahiran teknikal dan expresi diri, namun lemah untuk mencapai tahap pro-c dan big-c yang menuntut inovasi dalam penerokaan idea baharu. Hujah ini selari dengan dalam System Models of Creativity iaitu kreativiti memerlukan interaksi antara individu, domain (bidang seni), dan medan (kumoulan penilai seperti akademik, kurator dan pengkritik seni sendiri. Mana-mana komponen yang lemah akan menyukarkan proses inovasi.
Gelung pengulangan yang tidak berhenti ini dapat diperhatikan dalam mengulas ciri ketandusan inovasi dalam Serum. Dikenalpasti berlaku kekerapan dalam pembuatan karya yang mengitar semula motif, teknik, dan presentasi. Misalnya corak batik, naratif identiti yang tidak kesudahan dan lukisan nostalgia aktiviti di kampung. Apabila sesi bual bicara diadakan ia berlegar isu basi, membosankan dan ulasan cetek bersifat luaran. Seterusnya, lambakan saduran gaya bentuk yang diciduk dari trend seni kontemporari, isu pasca kolonial dan kritikan sosial. Kesemuanya berlaku secara berulangan atau ia kelihatan hebat daripada segi rupa atau persembahannya. Akibatnya, ia kelihatan meniru dengan mengikut sahaja daripada mempersoalkan.
Kemudian, sandaran kemahiran tanpa proses pencarian ilmu, adalah kepercayaan yang terus berlegar tegar bahawa keupayaan teknikal sahaja berjaya menghasilkan “seni yang baik”. Ini adalah cerminan legasi modenis yang diperkukuh lagi menerusi kecelaruan metod pengajian seni serta faktor pengesahan permintaan dalam pasaran seni. Tidak disangkal keupayaan kemahiran adalah sebahagian dari proses mencapai kreativiti. Namun apabila ia menjadi titik akhir dan bukannya proses inkuiri. Maka amalan artistik akan merosot malah berhadapan dengan risiko ditakrifkan sebagai sebuah dekorasi, replikasi dan nostalgia sifat individual. Kemahiran atau skill tanpa menggambil risiko intelektual tidak akan menemukan sebuah inovasi.
Polemik dalam Pengajian Seni Institut Pengajian Tinggi Awam
Kajian yang dijalankan oleh Ahmad, Ibrahim dan Hashim pada tahun 2020 menunjukkan ramai tenaga pengajar seni di universiti awam lebih fokus kepada kerja-kerja studio dan kemahiran teknikal jika dibandingkan dengan kajian teori dan penulisan ilmiah. Ini bukti pendidikan seni di negara kita masih berasaskan craft learning.
Dikenalpasti ramai tenaga pengajar yang kini berkhidmat di Istitiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terdiri daripada pengkarya yang telah melanjutkan pengajian dan ramai telah dianugerahkan Doktor Falsafah (PhD). Faktor ini kritikal namun sering diabaikan kerana menyumbang kepada ketandusan artistik atau artistic stagnation. Perkara ini boleh digelarkan sebagai “Paradoks PhD”. Konflik ini berlaku apabila ramai pensyarah di universiti awam yang kini memegang ijazah doktor falsafah. Akan tetapi latihan mereka adalah berteraskan dalam tradisi pengamal berasaskan praktis studio. Bukannya terlatih dalam penyelidikan yang bersifat research-driven inquiry. Oleh itu, pemegang PhD ini sering kali terdiri daripada pengamal studio yang dinaikkan ke jawatan akademik di IPTA. Tanpa asas dalam keupayaan menulis, pemikiran kritis, pembinaan teori, penulisan kritikal, historiografi, ilmu rentas bidang dan keupayaan dalam menjana atau membina penghasilan pengetahuan.
Contoh inovasi seni lokal yang dibuat seperti program Art In The City (AITC) oleh Balai Seni Lukis Negara membawa karya seni dan kesenian terus kepada masyarakat walaupun ianya banyak memberi fokus kepada mural dan seni visual secara fizikal, secara tidak langsung membuka ruang kepada penjanaan idea baru seperti pameran digital dan seni interaktif masa depan berbeza jika dibandingkan dengan Royal College of Art (UK) yang telah lelah menjalankan projek studio dengan pemain industri yang memeriahkan seni, teknologi dan penyelidik sebenar.
Oleh sebab itu, jurang struktur ini bermakna institusi hanya menghasilkan ramai graduan yang mahir dalam membuat (picture making). Akan tetapi mereka tidak dipersiapkan dalam menyatakan persoalan, menzahirkan teori, mahupun menilai secara kritikal atau mengkritik. Sehubungan itu, tanpa budaya penyelidikan, pengetahuan baharu tidak mungkin direalisasikan. Justeru itu tanpa penghasilan pengetahuan, inovasi hanya diada-adakan tanpa pembuktian yang konkrit and sahih malah cenderung kepada idea peniruan.

Seniman berfungsi sebagai ‘penjana ilmu pengetahuan’, bukan sekadar individu yang menghasilkan objek.
Hasil seni dilihat sebagai ‘pernyataan teori’ yang menggabungkan:
1. idea dan refleksi (falsafah dan teori)
2. bentuk dan struktur (medium dan sistem)
3. tindakan dan konteks (budaya dan komuniti)
Dipetik dari: Graeme Sullivan’s 2005 bookArt Practice as Research: Inquiry in the Visual Arts
Kesenjangan Inovasi dan Defisit Budaya
Terdapat tiga kecenderungan yang dikenalpasti mengakibatkan inovasi tidak bercambah subur dalam Serum. Pertama adalah pengkarya yang kabur dengan apakah yang diperkatakan sebagai inovasi dalam pembuatan seni. Ya kemahiran itu penting, misalnya kemahiran mencatan itu baik. Namun bila ia terhenti di situ sahaja maka ia gagal berkembang. Jika ciri ini diutamakan maka seni kita berhadapan risiko karya-karya yang diklasifikasikan sebagai objek hiasan atau dekoratif. Aspek kemahiran ini hanya bersifat personal dan tidak mungkin dimajukan lagi. Maka kenapa kemahiran itu penting? Sebabnya ciri inilah yang menjadi tanda aras yang dibanggakan serta telah lama dipersetuji dalam komuniti seni yang beranggapan kehalusan dan kemahiran tetap relevan. Bukanya terletak pada potensi transformatif yang berjaya dihasilkan dalam sesebuah karya.
Penyebab kedua adalah sikap pensyarah seni (IPTA) yang tidak aktif dalam menghasilkan penulisan. Hasilnya mereka tidak berupaya menyampaikan perspektif baharu bagi pengiat seni berkenaan bagaimana mencipta hasil karya berinovasi. Oleh sebab, tiada bahan bacaan diterbitkan menjadi punca pengiat seni tiada panduan dan rujukan. Ini kerana, penulisan berupaya menyebarkan pengetahuan baharu yang boleh terhasil dalam seni. Sebaliknya pensyarah seni pula berlumba-lumba merebut aktiviti berpameran dengan pengiat seni tanahair. Untuk makluman, secara kasar seramai 61 atau lebih orang pensyarah seni yang berkelayakan PhD yang kini berkhimat di Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. Kesemua IPTA ini menawarkan pengajian dalam seni halus atau seumpamanya. Namun UiTM mendahalui kesemua IPTA di negara ini dengan menawarkan pengajian tersebut sekitar lewat 1960an. Malah ramai di antara tenaga pengajar telah ditaja oleh pihak kerajaan untuk melanjutkan pengajian seni di luar negara. Akan tetapi, sekembalinya mereka ditanahair jumlah penulisan tidak ditingkatan. Malah penulisan yang diterbitkan dalam bidang ini amat sedikit sekali terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
Permasalahan ketiga adalah persyarah seni (IPTA) yang telah indoktrinasikan dalam orentasi ‘studio-base’ yang telah lama bertapak di universiti. Pembaca harus faham bahawa pensyarah seni yang berkhimat di IPTA adalah daripada latarbelakang pengajian studio. Walaupun, mereka ini memiliki ijazah bertaraf PhD. Mereka hanya terlatih dalam modul sukatan pelajaran yang menekankan aspek kemahiran atau pertukangan. Diketahui sebab mereka melanjutkan pengajian akademik ini adalah bagi memenuhi keperluan atau kedudukan mereka di universiti. Hal ini berbeza jika seseorang itu terlatih dalam bidang penyelidikan yang cekap dalam penulisan, kaedah penyelidikan, kritikan, teori, rentas bidang, kajian budaya dan sebagainya. Kesemua ilmu ini memerlukan kemampuan penguasaan ilmu yang menjurus kepada penyelidikan yang berdasarkan empirikal dan berasaskan teori.
Kesimpulanya PhD ini hanya dilihat dokumen yang bersifat kelayakan, ia bukan penyebab peralihan paradigma atau peningkatan aras pembudayaan intelektual. Ini kerana, kelayakan tersebut tidak semestinya diterjemahkan kepada sebarang kerja penyelidikan dan kajian. Walaupun geran penyelidikan wujud, namun ramai pensyarah akan mengalihkannya dalam bentuk projek kreatif di universiti. Malangnya ada pensyarah yang membentangkan kertas kerja berkenaan lukisan beliau sendiri yang difahami sebagai kajian. Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya adalah sistem pendidikan Barat yang lapuk yang telah lama negara ini warisi. Ia berteraskan amali di studio yang mementingkan kemahiran dan kehalusan pertukangan. Legasi ini terus membentuk sikap IPTA khasnya fakulti seni yang berminat melahirkan ramai artis, pereka dan tenaga pengajar yang bersifat berkerja dan bukannya pengkaji atau pemikir budaya.
Oleh demikian, sebagai penutup penulisan ini, sesebuah karya masih boleh berkembang kreatif dan berinovasi. Akan tetapi inovasi hanya akan bertitik tolak dalam ruang yang boleh diwacanakan, disoal kembali dan diselidiki. Bukannya terusan buat yang telah ada atau sudah diketahui dan yang biasa. Sebab itu, selagi kesepakatan yang tidak bersetuju bahawa inkuiri menjadi teras yang sama penting dengan aspek pembuatan sesebuah karya. Hakikatnya karya-karya yang kita hasilkan akan disifatkan sebagai mediocrity yang berselindung sebagai objek kreatif. Manakala apabila kurangnya penulisan berkenaan seni rupa tempatan dihasilkan. Maka berlakulah defisit budaya kerana tiada catatan, dokumentasi, pembinaan teori, malah pengarkiban pengetahuan di negara ini. Walaupun, produksi karya dalam jumlah yang dikatakan signifikan. Namun jika kesenjangan jumlah penulisan yang lemah mengakibatkan kelompongan ilmu dalam Serum semakin melebar.
Apa yang pasti, masa depan seni di negara ini tidak akan bergantung kepada berapa ramai pengkarya atau graduan berijazah PhD. Begitu juga, jumlah berapa banyak pameran berjaya diadakan tidak akan langsung akan memberi impak! Akan tetapi percayalah, dengan usaha memupuk para pengkarya dan pendidik dengan dapatan ilmu. Iaitu kebolehan bagaimana mereka menjana kaedah yang baharu dalam melihat, mengetahui, dan membuat. Akhir kata, keupayaan melukis itu satu kemahiran. Keupayaan untuk berfikir melalui lukisan adalah seni. Keupayaan untuk mengembangkan lukisan kepada pengetahuan baharu, itulah sebuah inovasi.
– Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak sepenuhnya mewakili pendirian pasukan editorial Senimalaya.
