BEBERAPA karya yang dihasilkan seniman terkemuka Yusuf Ghani dipercayai telah diciplak oleh seorang pelukis dari Jerman.
Perkara tersebut didedahkan oleh pengumpul seni Pakhruddin Sulaiman di akaun instagramnya pada Sabtu.
Cerita Pakhruddin yang mesra disapa Pakha, dia menyedari perkara tersebut setelah melihat sebuah buku bwrtajuk “The Shine of Magic” oleh mendiang Joachim Haupt yang pernah bermaustatin di Malaysia.
Katanya, beliau terkejut bila melihat beberapa karya Haupt adalah sama dengan karya yang dihasilkan Yusuf menerusi siri Tari dan siri Topeng.
Menurut Pakha, karya Haupt menerusi siri “Moverment Into Milenuem” dan “Faces” adalah sama dengan karya yang dihasilkan Yusuf, malah dua darinya berada dalam simpanannya.
Pakha juga berkata siri “Tari – XXI” yang dihasilkan oleh Yusuf itu sekitar tahun awal 1990-an.
Katanya, sukar untuk menentukan tarikh karya-karya Haupt kerana tiada keterangan mengenai dalam buku tersebut.
“Agak sukar jugak untuk menentukan tarikh karya-karya Haupt kerana semua keterangan karya dalam bukunya itu tiada diletak tarikh.
“Juga tiada tarikh kelihatan pada imej-imej karyanya dalam buku itu kecuali pada 3 atau 4 imej karya yang kesemuanya mencatatkan tahun 1999 iaitu selepas tandatangan Haupt.
“Tarikh ini tentulah selepas tarikh-tarikh siri Tari Yusof Ghani yang sekitar penghujung 1980-an dan awal 1990-an,” katanya kepada Senimalaya.
Pakha juga yakin karya-karya Yusuf itu telah ditiru bulat-bulat oleh Haupt berdasarkan tarikh yang tertera.
“Bukan kemungkinan tetapi pasti dia (Haupt) yang tiru. Dia tiru juga siri Topeng yang diletak tajuk “Faces“,” katanya lagi.
Difahamkan balu Haupt yang juga seorang rakyat Malaysia sedang berusaha menjual karya-karya yang dihasilkan oleh mendiang suaminya.
Sebelum ini beberapa karya Haupt dipercayai dimiliki oleh beberapa orang kenamaan.
Senimalaya sedang berusaha menghubungi balu Haupt untuk mendapatkan penjelasan.

Mat Salleh copy Melayu
Yang Melayu copy Mat Salleh
Yang terrer Melayu la kan hahaha tiru tak sebijik 🤣