Jatuh Cinta Seperti di Filem-Filem menang anugerah filem terbaik dan menyapu bersih semua empat hadiah pelakon dalam Festival Filem Indonesia 2024 yang berlangsung di Jakarta, malam tadi.
Filem arahan Yandy Laurens itu meraih tujuh Piala Citra daripada 11 pencalonan yang diterima. Ia diterbitkan oleh Imajinari Pictures bersama Cerita Films, Jagartha, dan Trinity Entertainment Networks.
Pengasas Imajinari, Ernest Prakasa dalam ucapan kemenangannya mengakui beban terbesar sebagai penerbit filem ialah menyeimbangkan antara urusan perniagaan dan seni.
“Ketika pertama kali saya baca skenario (Jatuh Cinta Seperti di Filem-Filem) saya lupa bahawa pihak saya juga harus berniaga. Saya langsung beritahu kepada Yandy, let’s do it,” katanya.
Ernest juga menyifatkan kemenangan Jatuh Cinta Seperti di Filem-Filem adalah untuk semua warga perfileman Indonesia.
“Semua piala dan perolehan jumlah penonton yang glamour ini tidak ada gunanya kalau kita tidak dapat memberikannya kembali kepada denyut jantung perfilman kita, iaitu semua kru perfileman Indonesia.
“Mari kita sama-sama memperbaiki dan berjuang demi kesejahteraan semua kru film Indonesia. Piala ini buat semua kru di luar sana. Hidup film Indonesia!” katanya.
Semasa tayangannya di pawagam, Jatuh Cinta Seperti di Filem-Filem mengumpulkan lebih 650,000 penonton di seluruh Indonesia. Filem ini sedang tayang di Netflix.
Filem ini juga menyapu semua anugerah lakonan yang diberikan kepada Ringgo Agus Rahman (pelakon lelaki), Nirina Zubir (pelakon wanita), Alex Abbad (pelakon pembantu lelaki) dan Sheila Dara Aisha (pelakon pembantu wanita).
Yandy juga menang anugerah penulis lakon layar terbaik sementara satu lagi piala dimenangi bagi kategori lagu terbaik melalui lagu Bercinta Lewat Kata ciptaan Donne Maula.
Berikut senarai penuh pemenang Festival Filem Indonesia 2024:
Filem Cerita Panjang Terbaik
Jatuh Cinta Seperti di Film-Film
Pengarah Terbaik
Garin Nugroho – Samsara
Pelakon Lelaki Terbaik
Ringgo Agus Rahman – Jatuh Cinta Seperti di Film-Film
Pelakon Wanita Terbaik
Nirina Zubir – Jatuh Cinta Seperti di Film-Film
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Alex Abbad – Jatuh Cinta Seperti di Film-Film
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Sheila Dara Aisha – Jatuh Cinta Seperti di Film-Film
Lakon Layar Terbaik
Jatuh Cinta Seperti di Film-Film (penulis: Yandy Laurens)
Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Petualangan Sherina 2 (penulis: Jujur Prananto, Mira Lesmana, Riri Riza, Virania Munaf)
Filem Dokumentari Panjang Terbaik
Under the Moonlight
Filem Dokumentari Pendek Terbaik
My Therapist Said, I Am Full of Sadness
Filem Animasi Panjang Terbaik
Juki the Movie: Harta Pulau Monyet
Filem Animasi Pendek Terbaik
Cangkir Profesor
Filem Cerita Pendek Terbaik
Suintrah
Pengarah Sinematografi Terbaik
Batara Goempar I.C.S. – Samsara
Pengarah Artistik Terbaik
Menfo Tantono, Guntur Mupak – Kabut Berduri
Penata Kesan Visual Terbaik
Lumine Studio – Kabut Berduri
Penyunting Gambar Terbaik
Wawan I. Wibowo – Ipar Adalah Maut
Penata Suara Terbaik
Mohamad Ikhsan, Anhar Moha – Siksa Kubur
Penata Muzik Terbaik
Wayan Sudirana, Kasimyn – Samsara
Pencipta Lagu Tema Terbaik
Donne Maula – lagu: Bercinta Lewat Kata – Jatuh Cinta Seperti di Film-FIlm
Penata Busana Terbaik
Retno Ratih Damayanti – Samsara
Karya Kritik Filem Terbaik
Jagat yang Sempit dan Determinasi Diri dalam Film Yuni (2021)
Piala Antemas (anugerah khas untuk filem terlaris)
Agak Laen

