Konsert Hujan XX: 20 Tahun yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026 tempoh hari telah meninggalkan banyak kenangan indah buat lebih dari 17 ribu ‘Raingers’, yang tanpa henti bernyanyi, melompat, serta ‘dive’ diruangan ‘mosh pit’ sepanjang konsert berlangsung.
Hujan tampil mantap dengan penuh tenaga di sepanjang konsert, menyampaikan 45 buah lagu tanpa lelah bersama beberapa artis jemputan seperti Amir Masdi, Loca B, Yuna, MonoloQue, Fynn Jamal dan juga kejutan daripada Datuk M. Nasir untuk berkolaborasi.
Mereka turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian “Largest Audience for a Single Indie Band Live Concert” untuk penganjuran Konsert ‘Hujan XX: Hujan 20 Tahun’ tersebut.
Senimalaya merasakan sebarang reviu untuk sebuah konsert monumental seperti itu pasti sukar untuk digambarkan dengan perkataan sekiranya tidak berada dan merasai momen tersebut secara langsung.
Oleh itu, Senimalaya berharap dengan berkongsi dan mengarkibkan memori tersebut melalui penyiaran gambar-gambar dari Jurugambar Profesional yang diposisikan oleh pihak ICON Entertainment, setidaknya ia dapat mengambarkan perasaan dan juga momen-momen ‘intense’ tersebut dalam bentuk presentasi ‘Seni Fotografi Persembahan secara Langsung’.
Semoga artikel ini masih dapat di ekses sekiranya ditakdirkan HUJAN XXX dapat beraksi 10 tahun lagi.
Kredit Gambar: ICON Entertainment.














































