“Ya. Stop talking, stop explaining, start experiencing. Jom pulang. Jangan lupa bawa sapu-tangan atau tisu“. – HJS
Ini petikan sembang fiksyen bahasa rojak antara Ainina Hasnul, abahnya Hasnul J Saidon dan rakan abahnya Anderson Ee yang berlangsung di hadapan karya “Hijab Seorang Pelukis” (2010).
Karya tersebut kini boleh dialami di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Nina: Abah, what time is it?
Hasnul:: Nina, the time is now, sekarang.

Babak 1 : Setiap Sekarang
Sila tonton rakaman video nyanyian “Setiap Sekarang” dibawah:
Selepas itu, jemput hayati lirik di bawah:
Yang sedar, bagaikan irama muzik
bergetar, tiada kaku dan beku
ia membisik dan melembutkan kasarmu.

SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN
SETIAP SEKARANG
Oh Pedoman SETIAP SEKARANG
SETIAP SEKARANG
Oh Pedoman SETIAP SEKARANG
Yang sudah, adalah jalan ku pilih
menjadi pusaka bekal cinta
untuk getaran yang menyegarkan jiwamu
SENYUMLAH PADA TIAP UJIAN
BERSYUKUR ATAS SEMUA KURNIAAN
KU TANAM DALAM TIAP TINGGALAN
UNTUK MU, MENJADIKAN PEDOMAN
SETIAP SEKARANG
Oh Pedoman SETIAP SEKARANG
SETIAP SEKARANG
Oh Pedoman SETIAP SEKARANG
Ku mohon kau tatang
warisanku semalam
tolonglah kau kenang
dihati mu sekarang
SETIAP SEKARANG
(Lagu & lirik oleh Hasnul J Saidon. Nyanyian Ainina Hasnul)

Babak 2 : Hijab
NINA: Abah, actually, what do you mean by hijab in the title of your painting?

Hansul: Hijab tu something yang menutup. Macam tudung yang tutup rambut Nina. Hijab juga maksudnya menghalang dan memisahkan kita dari sesuatu yang lain. Tapi dari segi kerohanian, maksudnya ialah sesuatu yang halang kita dari melihat kebenaran.

Andy: Macam tirai la Nina. Ada kebenaran behind the hijab, tapi you tak nampak la.
Hasnul: Ya betul bro. But for me, hijab bukan sekadar sesuatu yang menutup. Hijab juga boleh mempengaruhi cara kita melihat.
Nina: You mean, hijab tu seperti filter, lense and conditioning?
Hasnul: Ya. Kita bukan melihat dengan mata je. Dan melihat ni bukan neutral . Kita melihat melalui pengalaman, ingatan, perasaan, sentimen, kepercayaan dan tanggapan kita sendiri. Sebab tu Abah suka istilah ‘memeri hati’. Melihat is an act of memeri hati kita sendiri. Memperinci hati. Menghaluskan hati. Membersihkan hati. Halus bahasa Melayu ni.


Nina: Fuhhh….deep.
Andy: No la Nina, I think actually its dekat, not deep. Dekat tapi terhijab. Kadang-kadang yang tutup kita dari melihat bukanlah tabir depan kita, tapi something yang ada dalam diri kita.

Hasnul: Dan mungkin hijab yang paling dekat dengan kita ialah something yang kita gunakan tiap hari tanpa banyak soal.

Nina: Such as?
Hasnul: Perkataan “aku”.
Nina: Aku?
Hasnul: Ya. Aku. Diriku. Identiti ku. Personaliti ku.

Andy: Our personality is a result of conditioning. We become aware of it when we ask ourselves “siapa sebenarnya aku ni?”
Hasnul: Yes, existentialist question bro. Mengenali diri tu bagus. Masalahnya timbul bila kita sangka gambaran yang kita bina tentang diri kita itulah keseluruhan diri kita. Walhal bukan.


Nina: So Abah, how to unveil?
Hasnul: Kita berhijrah dulu….
Babak 3: Demi Masa Mu
Sila tonton rakaman video lagu “Demi Masa Mu” dibawah sekarang:
Selepas itu jemput hayati lirik di bawah.

Berhijrahlah sayang, demi masa mu.
Duhai burung yang bersenandung
Dendangnya lagu bisikan pilu
Duhai hati puncanya bermenung
Mengapakah alam kini mudah tersinggung
Mengapakah alam kini menjadi bingung
Duhai alam cerita fikiran
Lagunya kesedaran seorang insan
Tanyalah bumi yang sudi berpesan
Mengapa berdagang ohh tanpa rasa ihsan
Jangan alam dikarang tanpa berperasa

Rasalah anak ku
Getaran gunung
Rima tangisannya
Semakin sunyi
Mana oh manakah
Hendak kau renung
Kerna oh bumi
Semakin tersinggung

Rasalah anak ku
Coretan hati
Janganlah jiwa mu
Menjadi besi
Mana amanah ku
Hendak kau cari
Bila oh jasad ku
Menjadi bumi

Bila jasad mu
Bila jasad ku
Menjadi bumi
(Lagu dan lirik oleh Hasnul J Saidon)



Babak 4: “Siapa Aku?”

Nina: Tapi Abah, kita semua ada nama, keluarga, pekerjaan dan sejarah hidup. Arent all those part of who you are?


Hasnul: Of course! Abah pelukis. Abah juga seorang ayah, seorang suami, seorang anak dan seorang sahabat. Semua itu sebahagian daripada Abah.
Andy: Maknanya, identiti yang kita dah ada ni bukan sesuatu yang kita kena buang sepenuhnya. Conditioning is not totally wrong?

Hasnul: Ya, not totally wrong. Tak perlulah buang indiscriminately. Kita masih perlukan identiti untuk jalani kehidupan. Ia anugerah, amanah, maruah dan ujian. Tapi kena pilih betul-betul dan berhati-hati supaya kita tak menjadi hamba pada identiti itu.
Nian: How?
Hasnul: Bayangkan Abah cakap, “Aku seorang pelukis.” Mulanya, itu hanya simple identification. Tapi lama-kelamaan, Abah mungkin mula fikir yang Abah mesti sentiasa menghasilkan karya hebat. Abah mesti berjaya. Abah mesti diiktiraf. Orang mesti menganggap Abah seorang pelukis yang penting.
Andy: You see Nina, akhirnya, you bukan lagi melukis. You actually try to defend an image – pertahankan identiti atau persona.
Hasnul: Betul bro. Dan bila persona tu diancam, kita cepat triggered.
Andy: Insecure la tu! Biasalah tu bro, orang art kan ramai yang insecure
Nina: Haha ye ke?So kalau orang kritik karya Abah, Abah rasa macam mereka kritik diri Abah personally?
Hasnul: Sometimes, especially when I had self doubt. Sebab kita dah mula menyamakan nilai diri dengan hasil kerja, dengan pangkat, darjat, kedudukan, kejayaan material, pengiktirafan orang lain. We equate identity with basically everything that can be measured or quantified.
Andy: Yet all those measurable values are transient.
Hasnul: Ya bro. Karya boleh dipuji hari ini dan dilupakan esok. Reputasi boleh meningkat dan merosot. Tapi adakah nilai diri kita sebagai insan benar-benar boleh diukur, disuku-sukat-sakat macam tu?
Nina: I dont think so. What about love and compassion? They cant be quantified.
Hasnul: Sebab tulah kita juga elok bertanya: “kenapa ‘aku’ mahu diiktiraf? Mahu itu ini?” Perlukah? Adakah ‘aku’ itu benar-benar diri yang sejati, atau cuma keinginan atau gambaran yang kita percaya tentang diri kita? Kenapa tak pilih untuk jadi identiti seperti “aku happy, aku sihat, aku bersyukur” tanpa bersyarat. Just be or jadi yang tanpa perlu tunggu sebarang kuantifikasi material. Tok Wan selalu ingatkan Abah, asal jadi kita adalah dari Yang Kasih Yang Belas. Ingat tu. Bertanya siapa aku adalah pencetus perjalanan kenal diri kembali ke asal jadi.
Nina: Got it!

Babak 5 : Saksi
Andy: The question is when do we start our journey of self discovery?

Hasnul: We start now! Speaking of self discovery, teringat karya Imam al-Ghazali, Mishkat al-Anwar, yang biasanya diterjemahkan sebagai Misykat Cahaya atau The Niche of Lights. Dalam karya itu, al-Ghazali merenungi makna cahaya.

NINA: Merenung makna cahaya?
Hasnul: Ya. al-Ghazali berpesan bahawa kita ni sebenarnya melihat pada beberapa tahap? Diringkaskan sebagai satu perjalanan: dari melihat kepada membayangkan (imaginasi atau khayalan), memahami, merenung dan akhirnya menyedari dan menyaksi kebenaran.

Andy: Kalau artis, mereka banyak bermain dengan imaginasi la bro. Hahahhh!
Hasnul: Ya I think so. Sangkut dalam alam khayal! Trippy traps!
Nina: Tapi bang Andy, siapa actually yang tentukan sesuatu itu cantik atau hodoh?
Andy: Good question Nina. Dan adakah sifat tu memang ada pada karya secara objektif atau datang dari diri orang yang lihat karya secara subjektif?

Hasnul: Itulah persoalannya. Kita mungkin anggap penilaian kita itu sebagai kebenaran mutlak. Sedangkan ia juga dipengaruhi oleh pengalaman dan cara kita melihat.
Nina: So, mungkin kita perlu belajar memerhatikan bukan saja benda yang kita lihat seperti karya. Tapi juga sedar tentang diri kita yang sedang melihat.

Hasnul: There you go, Nina. Sometimes kita perlu berhenti jap, diam. Then bertanya: mengapa aku melihatnya begitu? Aku sedang jadi saksi kepada apa ni? Bila kita buat gitu, kita sebenarnya bertukar dari melihat ke luar diri kepada menyaksi ke dalam fikiran dan perasaan kita sendiri. Itulah maksud penyaksian. Itu pintu bangun dari lena mimpi benda berfahaman materialisma.
Nina: Faham. Yaaa, I feel ringan. Tq Abah.

Babak 6 : Cermin
Andy: As a film maker, for me seni ni macam cermin. Dua orang boleh tengok filem yang sama, tetapi dengan pengalaman yang berbeza.

Nina: Like a song too. Seorang mungkin menangis bila dengar my song, seorang lagi mungkin tak merasa apa-apa. Kering je. Hahahhh!


Andy: Hehehhh….yes. Dan kedua-duanya ada P.O.V masing-masing.
Hasnul: Sama dengan lukisan bro. Seorang melihat kesedihan. Seorang lagi melihat kebebasan. Seorang melihat kegelapan, seorang lagi nampak cahaya.
Nina: So, karya seni itu sebenarnya macam cermin, yang reflect balik orang yang melihatnya?
Hasnul: Something like that. Kita sangka kita sedang membaca karya seni, tetapi mungkin karya itu sebenarnya sedang reflect sesuatu tentang diri kita.
Andy: Sebab reaksi kita terhadap karya itu boleh dedahkan something yang selama ini kita bawa dalam diri.

Hasnul: Tepat bro! Kita bawa ingatan, pengalaman, harapan, ketakutan, kepercayaan, sentimen dan prasangka kita di hadapan setiap karya yang kita lihat.
Nina: Kadang-kadang kita mungkin tak sedar pun yang semua itu sedang mempengaruhi cara kita melihat. Kan Abah?
Hasnul: Ya. Sebab itulah seni boleh jadi pengalaman yang dekatkan kita pada diri sendiri. Ini bukan hanya tentang apa yang ada di depan kita. Ini juga tentang apa yang timbul dalam diri kita semasa berdepan dengan seni.
ANDY: Kalau gitu, mungkin persoalannya bukan “Apa maksud karya ini?….”
Nina: Tapi, “Mengapa aku mengalami karya ini dengan cara begini?”
Hasnul: Wahhhh you are catching up fast! Dan satu lagi soalan yang penting, “Apa yang pengalaman ini tunjuk tentang diriku sendiri? Inilah unveiling lepas kita tanya “apa aku boleh belajar dari hijab yang dah dibuka tu?”


BABAK 7: CAHAYA

(V.O voice over pembaca)
Apakah itu cahaya dari perspektif fizik kuantum?
Dari sudut fizik, cahaya ialah sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan menunjukkan sifat gelombang serta zarah atau partikel, yang dikenali sebagai dualisme gelombang-zarah. Dalam fizik kuantum, cahaya berinteraksi dengan jirim melalui kuantum tenaga yang disebut foton. Dalam teori medan kuantum, foton difahami sebagai kuantum medan elektromagnet.
Eksperimen dwicelah (double-slit experiment) menunjukkan bahawa cahaya boleh menghasilkan corak interferens seperti gelombang, walaupun foton dikesan satu demi satu. Apabila susunan eksperimen membolehkan maklumat tentang laluan foton diketahui, corak interferens berubah. Perubahan disebabkan oleh interaksi fizikal dan maklumat yang dapat diperoleh daripada susunan eksperimen tersebut.
Fenomena ini memperlihatkan bahawa alam pada skala kuantum tidak berkelakuan seperti objek dalam pengalaman harian kita. Namun, fizik kuantum tidak membuktikan bahawa fikiran manusia mencipta realiti atau mengesahkan sesuatu kepercayaan spiritual. Sains mengkaji bagaimana alam berfungsi; falsafah dan spiritualiti pula meneroka persoalan tentang makna, kesedaran dan kedudukan manusia dalam kewujudan. Di sinilah cahaya bukan sahaja menjadi fenomena fizik yang boleh dikaji, tetapi juga membuka ruang untuk kita merenung batas pengetahuan dan cara kita memahami realiti.
Sila tonton doa cahaya di bawah sekarang:

Nina: Itu tafsiran fizik. Tak faham la. Tapi pada Abah, apa itu cahaya?
Hasnul: You! You are my ‘cahaya’ mata.
Nina: Waaaah. Thank you abah.
Hasnul: Kita semua cahaya mata. Cahaya untuk mata kedua ibu dan bapa kita. Sebelum identiti atau persona atau ego terbentuk, semasa kita baru dilahirkan, kita dipanggil cahaya mata. Kenapa cahaya? Itu Nina carilah sendiri jawapannya.
BABAK 8: AKU NARSISIS?
Andy: Seni ni kadang-kadang boleh jadi perangkap kepada ego? Boleh jadi toksid!
Nina: Tapi bang Andy, pelukis memang perlu tunjuk hasil kerja dia kan?
Hasnul: Tak salah nak kongsi karya. Tak salah mahu berjaya atau terima penghargaan. Yang perlu kita perhatikan ialah pergantungan kita kepada ego. Kalau total, masalah.
Andy: Dia macam ni bro, masalah bukan pada rasa untuk diiktiraf, tetapi bila pengiktirafan tu jadi ukuran utama nilai diri pelukis.
Hasnul: Tepat. Memang pelukis bermula dengan keinginan untuk berkarya. Kemudian dia mahu orang memahami karyanya. Selepas itu, dia mahu mereka menghargainya. Tanpa disedari, dia mungkin sampai ke tahap memerlukan penghargaan itu untuk terus rasa diri bermakna.
Nina: Kalau macam tu, dia bukan lagi berkarya untuk memahami kehidupan. Dia berkarya untuk buktikan sesuatu tentang diri dia la.
Hasnul: Itulah yang Abah maksudkan dengan bergantung total pada bayang-bayang atau ego. Pada persona.
Andy: Yes, gila bayang la tu bro. Persona dah jadi seperti topeng. Kena pakai. Kalau tak pakai, insecure!!!
Whahahahahhhhh!!!
Hasnul: Dan bahagian yang paling bahaya ialah bila kita lupa bahawa kita sedang pakai topeng tu. Kita dan topeng jadi satu. Hahahahhh.
Nina: Eeeee…Scary!So macam mana nak lepaskan topeng tu without losing oneself?
Hasnul: Solat

BABAK 9: DESENTRALISASI
Nina: Kenapa Abah masukkan gambaran abah in solat poses dan berdoa dalam karya ini? Karya abah ni penuh dengan gambaran diri abah yang diulang-ulang. Bukan ke itu narsistik?

Hasnul: Kerana bagi Abah, solat ingatkan kita bahawa kita bukan pusat segala-galanya. Kita berdiri. Kita rukuk. Kita sujud. Kita berdoa. Dalam sujud, tubuh kita merendah. Kita mengaku bahawa kita ialah hamba Allah, dan kehidupan ini tak berpusat pada ego, identiti, persona yang dipacu nafsu rendah. Ego mahu perhatian, tapi sujud ingatkan kita untuk merendahkan diri dan bawa perhatian hanya pada Allah.
Tapi ironinya, untuk dikenali sebagai pelukis, orang lain perlu kenal kita. Karya pelukis perlu diperhatikan. Pelukis perlu dikenali. Persona pelukis jadi penting. Ia menjadi kuat seiring ego. Maka timbul kontradiksi kan? Antara merendahkan diri dan berserah total kepada Allah dengan ego pelukis yang mahu jadi pusat perhatian.
Sengaja Abah menonjolkan ironi dan paradoks begitu. Because I experienced it. I cant simply ignore it. I had to admit and confront it.

Andy: One way to deal with this ego thing is to go back to our parents. Untuk kenal diri kena gali balik cerita ibu bapa kita, cerita nenek moyang, leluhur kita. One example is H3RO. Projek tu pukul aku bro.
Hasnul: Projek tu jadi ubat atau penawar untuk aku.
Nina: Jom tengok filem tu!
Andy: OK jap lagi.
Babak 10: Bayang
Nina: Kenapa Abah gunakan cat dan video projection dalam satu karya sekaligus?

Hasnul: Cat bersifat material.Tangible. Tactile. Kita boleh sentuh permukaannya, melihat teksturnya dan merasakan kehadirannya sebagai objek.
Nina: Tetapi imej video bergantung pada cahaya. Kan?
Hasnul: Betul. Imej itu muncul, bergerak, berubah dan akhirnya hilang apabila pancaran berakhir. Transient.
Andy: Same as wayang kulit la Nina. It shows a world of bayang atas layar putih. Dalam filem, imej yang nampak real sebenarnya adalah cahaya dari projektor yang dipantul oleh skrin atau layar putih. They dont really exist, only illusion. Dalam filem dan wayang kulit, all is projection. Film is a projection of human stories. Syaratnya mesti ada layar dan cahaya.
Hasnul: Layar dan cahaya ni seperti hubungan antara zarah dan gelombang.
Nina: So its like you ask – “Adakah aku materi atau cahaya? Adakah aku zarah atau gelombang?” Macam tu?
Hasnul: Wahhh! Nina dah guna lingo fizik! Ya, tapi bukan kerana Abah mahu jawapan saintifik tentang hakikat cahaya dan manusia. Soalan itu lebih bersifat renungan. Apa sebenarnya yang kita maksudkan apabila kita kata, “Inilah diriku”? Dan satu lagi soalan yang lebih fundamental: Siapa yang sebenarnya menyaksi. Bolehkah kita jadi saksi pada apa yang kita fikir dan rasa.
Nina: Boleh ke?
Hasnul: Tak semua soalan seni perlu dijawap tepat macam soalan matematik. Ada kalanya seni menyediakan ruang untuk kita tinggal bersama persoalan itu. Takyah tergesa-gesa menutupnya dengan jawapan.
Andy: We cant know everything la. Making art allows us to be aware of the limit of our knowledge and understanding. Supposed to humble us.
Hasnul: Dan daripada humility dan awareness itu, mungkin kita belajar memegang identiti kita dengan lebih ringan. Not attached to it obsessively. Bukan bergantung total, atau jadi hamba pada identiti. Ego ni mahu kita peluk dia. Macam gambaran video yang dipancar ke atas lukisan ‘Hijab’ tu. Ia membuka kedua tangan seperti mahu mendakap. Jika kita tak layan, kita lepaskan, ia akan jatuh dan hilang sendiri. Tinggal cahaya. Tapi lepas tu ia muncul lagi. Berulang-ulang.
Babak 11: Melepaskan Bayang
Nina: So Abah masih seorang pelukis. Abah masih seorang ayah. Abah masih mempunyai sejarah dan keluarga. Tapi Abah tak mahu semua itu menguasai Abah? Is that what you implied?
Hasnul: Betul. Untuk Nina pun sama lah. Your identity as an influencer bukan musuh. Pergantungan yang berlebihan kepadanya itulah yang perlu Nina perhatikan. Itu boleh jadi musuh.
Andy: Ya Nina, ada beza antara memiliki identiti dengan menjadi tawanan identiti.
Hasnul: rue. Contohnya, kita boleh kata, “Aku seorang pelukis.” Tetapi kita juga boleh kata, “Aku sedang mengalami pengalaman menjadi seorang pelukis. Alhamdulillah.”
Nina: Apa bezanya Abah? Like in my case, the difference between “Im an influencer” and “Im having an experience of being an influencer?”
Hasnul: Ungkapan pertama boleh menjadi satu penetapan yang kaku tentang siapa diri kita. Ungkapan kedua beri ruang untuk kita terus belajar, berubah dan temui sesuatu yang belum kita ketahui. Ungkapan pertama boleh jadikan kita khadam. Ungkapan kedua tu jadikan kita saksi yang bersyukur dan merdeka.
Andy: Sama juga dengan knowledge Nina. Ada beza antara, “Aku tahu,” dengan “Aku sedang belajar.”
Hasnul: Ya. Kita boleh mengaku bahawa pengetahuan kita sentiasa ada batas.
Nina: Jadi, kalau lagu Nina dipuji, Nina tetap Nina. Kalau karya Nina dikritik, Nina juga tetap Nina. Kan?
Hasnul: Ya.
Nina:Dan kalau suatu hari nanti Nina berhenti tulis lagu?
Hasnul: Nina tetap Nina.
Andy: Itulah freedom Nina. Kita tak lagi menyerahkan semua nilai diri kepada something yang berubah.
Hasnul: Betul. Identiti masih ada, tapi ia tak lagi jadi tuan. Ego mungkin masih muncul, tapi kita tak perlu sentiasa ikut kehendaknya. Tak perlu beri ia makan atau jadikan ia tuan.
Nina: So kita tak perlu buang ego atau identiti diri yang kita pilih dengan sedar. Kita cuma perlu berhenti menganggap gambaran tentang diri kita sebagai segala-galanya. Is that right?
Hasnul: Tepat sekali. Anggap identiti itu hadiah, anugerah dan yang paling penting, amanah, yang dipinjam sementara. Nanti kena let go dan akan disoal, “macam mana kau jalankan amanah tu?”


Cungap cungap nafas ku * Uu uu ucap Nama Mu * Cukup cukupkah aku * Ikut jalan yang satu
Hela nyawa ku * Reda kan ribut ku * Hela nyawa ku * Reda kan ribut ku
Hilang bayang ku * Dalam Cahaya Mu * Bebaskan hati ku
Dalam arak awan mu
Hayati video di bawah:
Babak 12: KE DIAM AN

Hasnul: Ada kalanya kita sibuk cari jawapan jauh-jauh di luar sehingga kita lupa perkara yang sebenarnya dekat dengan kita. Atau depan kita, malah dalam diri kira. Rumi pernah tulis, “I have lived on the lip of reason, wanting answer knocking on a door. It opens. Ive been knocking from inside.”
Nina: Apa yang dekat dan inside tu Abah?
Hasnul: Ketenangan. Kedamaian. Rumah. Keluarga. Ibu bapa. Orang yang mengajar kita tentang kasih sayang sebelum kita memahami maksud kasih sayang itu sendiri. Mereka yang lihat kita sebagai ‘cahaya’ untuk mata mereka.
Nina: Tok Wan dan Tok Syeh?

Hasnul: Ya. Mengingati mereka membuatkan Abah teringat bahawa sebelum kita jadi pelukis, pemuzik, pencipta lagu, penyanyi, influencer, pengarah filem atau sesiapa yang dikenali masyarakat, kita terlebih dahulu seorang anak, cahaya mata. Sebelum kita belajar membina identiti, persona atau bayang diri di hadapan dunia, kita sudah pun hidup dalam hubungan dengan ibu bapa, yang menjaga kita, yang membesarkan kita. Ada yang mengajar kita melalui kata-kata, dan ada yang mengajar kita melalui pengorbanan yang mungkin hanya kita fahami bertahun-tahun kemudian.
Andy: So the idea of return bukan hanya kembali ke sebuah tempat?

Hasnul: For me, pulang juga bermaksud kembali kepada sesuatu yang mengingatkan kita tentang asal jadi, tentang cahaya dalam bentuk kasih sayang, kesyukuran dan kerendahan hati. So its a tuning atau penalaan frekuensi fikir dan rasa. Bukan lokasi fizikal. Kita pilih dan buka saluran pulang yang nak dialami dengan menala fikir dan rasa ke rasa kasih, belas, syukur. Bagi seorang yang beriman, kepulangan kepada ibu bapa dan keluarga boleh menjadi satu renungan awal tentang kepulangan kepada Allah. Kerana hubungan itu boleh mengingatkan kita tentang asal-usul dan rumah asal kasih sayang.
Andy: Maybe sebab tu seni boleh tolong kita pulang. Bukan dengan memberi semua jawapan, tetapi dengan membawa kita merasai sesuatu yang tak mudah diterangkan.
Hasnul: Ya. Sebab itulah kita perlu alaminya terus tak bertapis melalui lukisan dan catan,..
Andy:…filem
Nina:….muzik dan lagu.
Hasnul: Ya. Stop talking, stop explaining, start experiencing. Jom pulang. Jangan lupa bawa sapu-tangan atau tisu.

Babak 13 : Pulang
Andy: Jemput tonton H3RO Video di bawah:


Andy: So amacam? Ok? Kita tonton sambungannya pula H3RO : EPILOG. Try test hati you all kering ke tak?Video di bawah:


Nina: Bang Andy, masa untuk kita PULANG & RELA pula.
Video di bawah:
Mainkan video dan hayati lagu bersama lirik ni.

Rela
Kau tiup aku terbang * ikut tiupan mu * kemana arah ku pergi ku taktahu * tapi ku rela
Yang kau mahu yang kau minta * semua ku beri * tanpa tanya * kerna ku rela
Semua yang kau kata * ku terima * ku harap suatu hari nanti * kau kan sedar
Tak ku sangka * ku lemah juga akhir nya * terpaksaku pergi * kerna ku rela
ku rela hilang kamu * dari aku hilang aku
Akhirnya aku terbang * ikut tiupan ku * terbang jauh
* ke angkasa
(Lagu dan lirik oleh Ainina Hasnul)

Hasnul: OK tenang. Tarik nafas dalam-dalam. Tahan nafas, rasa betul-betul kasih dan belas mengalir dalam urat saraf dan darah. Sambil tu kita nyanyi ramai-ramai.
Video dibawah:
Yang Kasih Yang Belas
Hey tanamkan ikhlas * tumbuh berbekas * jiwa mu bebas
Hey biar disemai * benih yang damai * dikir beramai
YANG KASIH YANG BELAS
Tolonglah kau siram * tanah indah pusaka bumi * hingga hilang masa * jadi azimat pewaris oh cinta
Tolonglah kau tatang * janji bersaksi senafas senadi *.
arus yang menyatu * dalam titik bercahaya * dalam diam ada dia * dari dia ada kita
Hey biar disemai * benih yang damai * dikir beramai
YANG KASIH YANG BELAS
(Lagu & lirik oleh Hasnul J Saidon)




Foto-foto diambil semasa persembahan “Hijab Seorang Pelukis” oleh Ainina Hasnul, Hasnul J Saidon dan Anderson Ee di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. 5 September 2026.
Fotografi : Remy & Ohh.nii
Rakaman video & kawalan slaid : Haziq Jazreen
Penataan cahaya dan set : Anderson Ee & kru Balai Seni Lukis Negara
Pemuzik : Aziem Rashidi, Mizi & Khan
Koordinator Persembahan : Sham Bahari (Balai Seni Lukis Negara)
Hasnul Jamal Saidon: Seniman multidisiplin, kurator dan ahli akademik perintis. Menerima latihan dalam bidang seni lukis di Universiti Teknologi MARA, Southern Illinois University dan juga Ijazah Sarjana Seni Halus dalam bidang Seni Elektronik dan Media Baharu daripada Rensselaer Polytechnic Institute, New York. Praktik beliau merangkumi seni lukis, video, pengimejan digital, instalasi, media interaktif, teknologi, budaya dan masyarakat kontemporari.
Baca tulisan beliau di: Kebun Jiwa Halus & Inisiatif Seni: Inap Ilmu Residensi
