
SELEPAS kejayaan kasut Fung Keong Sneakers edisi Nasir Jani, kini syarikat yang mengusahakan kembali kasut ini iaitu Rabak-Lit kini semakin memahami dan faham permainan permintaan kasut lagenda ini.
Pada awal keluaran, Rabak-Lit yang diketuai oleh Izzat Amir tidak pasti dan samar bagaimanakah sambutan dan permintaan kasut ini.
Kasut FK Special Edition Nasir Jani tidak mempunyai logo dan tidak ada apa-apa nama Nasir Jani di kasut, hanya logo dan namanya di kotak kasut tersebut.
Kini keluaran terbaru FK Special Edition Osman Tikus, reka bentuknya berubah sudah ada logo dan nama para kolaborasi dikasut sebagai bukti kerjasama mereka.
Kasut keluaran Fung Keong ini atau lebih mudah disebut FK, sudah mempunyai 11 ikon untuk berkerjasama.
Buat masa ini Rabak-Lit mengumumkan hanya dua, terbaru kasut Osman Tikus watak dari filem Kembara Seniman Jalanan yang dilakonkan oleh ikon puisi radikal, Pyanhabib Rahman.


Kasut ini sepatutnya dilancarkan pada 6 Ogos, oleh kerana atas permintaan peminat, rakan-rakan dan sahabat, Rabak-Lit akan mengumumkan awal untuk memudahkan para pembeli untuk melihat lebih teliti kasut tersebut sebelum membuat pembelian.
Cabaran mengembalikan kasut ini tidak mudah, 2 tahun perancangan dan perbincangan dari wakil Rabak-Lit iaitu Izzat Amir bersama pengurusan Fung Keong Rubber (FKR).
Pada awal tahun 2023 tercapailah sudah kata sepakat Rabak-Lit sebagai pemegang khas logo dan nama Fung Keong sebagai pemasaran, penjual dan pengedar sah yang diberi hak dari syarikat FKR ini.

Perancangan milestone FK Sneakers ini pastinya dimulakan dengan penjenamaan semula nama Fung Keong, kemudian akhir tahun ini Izzat Amir merancangan untuk membina showroom Fung Keong yang pertama sekitar Lembah Klang.
Nama kasut Fung Keong berbunyi seperti keluaran negara China, sebenarnya adalah kasut buatan tempatan yang ditubuhkan di Klang Selangor oleh seorang lelaki berbangsa Cina awal akhir 30an.
Selepas bertahun-tahun di pasaran, pada tahun 70an muncul zaman kebangkitan seluar Blue Jeans Denim. Pada waktu itu tiada kasut yang sesuai dipakai bersama Blue Jeans Denim ini.
Banyak kasut pada waktu itu adalah kasut kulit, kasut yang lebih sesuai untuk seluar Bell Bottom, Khakis dan juga Corduroy.

Sehinggalah kasut Fung Keong seperti yang dipakai oleh M.Nasir dan Pyanhabib di dalam filem Kembara Seniman Jalanan ini, kasut kain kanvas high cut dikeluarkan oleh Fung Keong amat sesuai dan kena dengan mereka yang berjiwa rock & roll sukakan seluar Blue Jeans Denim dipadankan dengan kasut Kanvas high cut.
Nantikan kolaborasi seterusnya dari FK Sneakers dalam masa terdekat ini, terima kasih atas sokongan anda semua, semoga kasut tempatan ini terus maju dan mendapat tempat di hati para rockers juga generasi terbaru.

