ASALNYA dia sangat meminati sukan terutama badminton – itulah cita-cita asalnya- mahu menjadi ahli sukan yang mewakili negaranya yang tercinta Malaysia.
Namun takdir penentu segalanya, minat kepada seni mula tumbuh sebaik Tong Kin Lim memasuki sekolah menengah.
Menurut Tong, aktiviti melukis secara berterusan membuatkan dia sedar bahawa ada keperluan untuk terus meneroka ke bidang senia secara lebih mendalam.
“Seiring berlalunya waktu, saya semakin menikmati menjadi seorang seniman dan dari situ, saya berazam untuk menghasilkan karya seni,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail.
Menurut Tong, dia adalah salah seorang daripada 13 peserta akhir Malaysian Emerging Artist Award (MEA) yang dianjurkan oleh CIMB Foundation pada Oktober 2022.
“Walaupun saya tidak memenangi acara itu, ia membuka pintu bagi saya dan saya dapat membuat koleksi mini di Limkokwing University of Creative Technology dan selepas itu ditawarkan pameran peribadi di Zhan Art Space,” ujarnya.
Untuk persiapan pamerannya di Zhan Art Space, Tong memberitahu bahawa dia mengambil masa kira-kira enam bulan dari konsep hingga penghasilan 26 karya yang dipamerkan.
“Beberapa karya yang dipamerkan dihasilkan semasa saya menjadi pelajar MIA,” cerita Tong.
Tong menyenaraikan “Boundless” sebagai salah satu karya kegemarannya di antara 26 karya yang dipamerkan, dan beliau bercadang untuk menggunakan gaya serupa untuk karya-karya masa depannya.
“Saya memberikan banyak usaha dalam karya ini, bukan sahaja dalam teknik tetapi juga mesej di sebalik karya ini yang bersumber dari pengalaman peribadi yang cukup mendalam,” katanya lagi.
Menginspirasikan sebagai penghormatan kepada ibu bapanya, Tong mengatakan bahawa karya seni itu juga dipenuhi dengan perasaan dan emosi.
“Ibu bapa saya adalah raja dan ratu saya dalam permainan poker dan dalam kehidupan sebenar, mereka kuat dan berkuasa, tetapi sering terbatas dalam batasan kad, dengan sedikit ruang untuk kebebasan peribadi,” luah Tong.
Beliau menambah bahawa karya itu mengingatkannya akan ketabahan mereka dalam kehidupan dan aspirasi untuk mengambil keberanian untuk melepaskan diri dan meneroka di luar zon selesa mereka.
Baru sahaja tamat pengajian di MIA, Tong mengatakan bahawa beliau masih meneroka bahan-bahan yang ada kepada seorang seniman.
“Beberapa bahan memerlukan masa untuk dikuasai, dan saya kini sedang meneroka campuran minyak dan akrilik di atas kanvas kerana ia memberikan kesan yang saya inginkan dalam karya seni saya,” katanya.
Pameran “Tong in the House” boleh dikunjungi dari sekarang hingga 14 April di 100-G.025, Blok J, The School, Jaya One, No. 72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya, pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang, kecuali Isnin dan cuti umum.
