Pengenalan
Bendera ialah sepotong kain (biasanya berbentuk segi empat bujur) yang dicorakkan dengan pelbagai warna dan lambang tertentu.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ia digunakan sebagai tanda atau lambang bagi sesebuah negara, negeri, atau pertubuhan.
Bendera adalah Lambang Kedaulatan yang Menunjukkan maruah, kuasa, dan kebebasan sesebuah negara.
Selain itu, ia menjadi tanda identiti sebagai lambang pengenalan untuk negeri, persatuan, atau pasukan.
Kesimpulannya bendera adalah selembar kain yang mewakili negara, identiti, ingatan, kemenangan, kesedihan, dan juga kemarahan.
‘Jalur Gemilang’ adalah gelaran kepada bendera rasmi negara Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah putih berserta bulan sabit dan bintang.
Penciptaan asal ‘Jalur Gemilang’ bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baharu.
Bagi tujuan itu, satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baharu pada tahun 1949.
Pertandingan peringkat kebangsaan telah ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan mendapat 373 penyertaan dari karyawan seluruh negara.
Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut.
Keputusan akhir pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail telah disiarkan pada 29 November 1949 di mana ia menunjukkan majoriti pengundi telah memilih rekaan bendera ketiga ciptaan Mohamed bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan dari Johor.
Mohamed Hamzah semasa dipilih sebagai pencipta bendera Persekutuan Tanah MelayuBendera Johor yang diinspirasikan untuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuk ini menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri di dalam pepenjuru berwarna merah.
Reka bentuk ini adalah kacukan antara bendera Johor iaitu negeri asal Mohamed, bendera Kerajaan Majapahit dan juga lain lain pengaruh.

Bendera, Seni, dan Politik Materialiti
Dalam konteks seni, bendera menawarkan dua janji utama simbolisme yang segera difahami serta bentuk formal yang kaya untuk diolah semula.
Lukisan, arca, instalasi, dan simulasi digital berasaskan bendera mendedahkan betapa rapatnya hubungan antara imej dan idea.
Seniman seperti Jasper Johns, David Hammons, Jean-Michel Basquiat, Barbara Kruger, Faith Ringgold, Ai Weiwei, John Gerrard, dan Ibrahim Hussein dengan ‘May 13’ (1969) membuktikan bahawa bendera bukan sekadar lambang nasional, tetapi juga medan pertikaian politik, sejarah, dan moral.
Bendera sebagai Objek Formal dan Titik Tolak Sejarah Seni
Lukisan bendera Jasper Johns pada pertengahan 1950-an, seperti ‘Flag’ (1954-55) dan ‘Three Flags’ (1958), sering dianggap sebagai detik awal bendera dibaca bukan sekadar lambang patriotik.
Dengan menjadikan bendera Amerika sebagai subjek cat encaustic, minyak dan kolaj, Johns mengajak penonton meneliti warna, tekstur, pengulangan, dan permukaan melihat bendera sebagai susunan tanda dan lapisan, bukan sekadar jampi nasional.
Tindakannya mudah tetapi signifikan: bendera dipindahkan daripada jalan raya dan perbarisan ke ruang studio dan muzium, di mana sifat visualnya boleh diteliti tanpa semestinya terbeban oleh politik.
Eksperimen Johns membuka ruang kepada seniman lain untuk menambah, mengganggu, atau menafsir semula bendera dengan cara lebih kritis.

Barbara Kruger pula mengambil logik visual bendera warna merah/putih/biru serta tipografi berani untuk menyoal ideologi melalui slogan.

Ai Weiwei menggunakan imejan seperti bendera, misalnya dalam ‘Fly the Flag’, bagi memberi suara kepada perjuangan hak asasi dan pengalaman pelarian.

Dalam semua karya ini, bendera tidak lagi dianggap keramat; ia dipersoal, diwarnai semula, dikoyak, ditulis, dan dijadikan medium pendedahan sejarah berlapis.
Pewarnaan Semula, Pemadaman, dan Politik Identiti
Jean-Michel Basquiat dalam ‘Untitled’ (Flag) (1979–1980) memilih pendekatan berbeza bendera kertas yang renyuk dengan tanda “X” menggantikan bintang, seakan isyarat pemadaman dan penafian identiti orang kulit hitam oleh rekod rasmi.

David Hammons dengan ‘African-American Flag’ (1990) menggantikan warna bendera Amerika dengan merah, putih dan biru kepada warna hitam, dan hijau Pan-Afrika.
Ia bukan sekadar estetika, tetapi penegasan kehadiran diaspora dalam simbol kebangsaan yang sering mendakwa universaliti.
David Hammons menggabungkan ikonografi visual bendera Amerika Syarikat dengan warna pan-Afrika Persatuan Peningkatan Negro Sedunia (UNIA) yang diasaskan oleh Marcus Garvey pada tahun 1920.
Dengan menggantikan jalur merah, putih, dan biru serta bintang putih dengan warna merah, hitam, dan hijau, Hammons menghasilkan ‘dissonance’ visual yang berkesan dan serta-merta mencabar penonton dengan realiti dwi-identiti Amerika dan diaspora warga Amerika daripada komuniti kulit hitam.

Karya seni ini berfungsi sebagai tapak interogasi yang ampuh mengenai kewarganegaraan, rasa kepunyaan, dan penolakan sejarah.
Daripada menolak bendera Amerika sepenuhnya, Hammons mengkod semula bendera tersebut, mencadangkan bahawa sejarah, tenaga kerja, dan sumbangan budaya Afro-Amerika terjalin erat dalam fabrik sesebuah negara namun wujud dalam kerangka selari yang merangkumi perjuangan dan kedaulatan yang tersendiri.
Geometri jalur dan bintang yang biasa dilihat memaksa satu rundingan yang tidak selesa antara semangat patriotisme dan kritikan sistemik, sekali gus merangka pengalaman komuniti kulit hitam sebagai sesuatu yang dituntut sekaligus diasingkan daripada naratif rasmi negara.
Apabila diletakkan di ruang awam, bendera tersebut mengubah lambang konvensional kuasa negara menjadi sebuah monumen ketahanan yang dinamik, lalu mengalihkan wacana daripada asimilasi kepada penentuan nasib sendiri.
Faith Ringgold pula dalam ‘The Flag Is Bleeding’ (1967) memperlihatkan bendera yang berdarah, menyingkap ketegangan kaum dan jantina serta keganasan yang terbenam dalam projek nasional Amerika.
Faith Ringgold menggunakan bendera Amerika bukan sebagai lambang perayaan, tetapi sebagai sangkar seni bina yang menyesakkan dan tapak trauma fizikal.
Merentasi kanvas tersebut, sebuah trio pelbagai kaum seorang lelaki kulit hitam, seorang wanita kulit putih, dan seorang lelaki kulit hitam berdiri kaku sambil berpegangan tangan manakala tubuh mereka dihiris oleh jalur putih dan merah pada bendera tersebut.
Bintang-bintang putih pada bahagian penjuru (canton) diliputi sepenuhnya oleh siluet hitam kejam yang memaparkan figura manusia terperangkap di sebalik jeriji penjara menegak, yang melambangkan pemenjaraan sistemik dan penafian kebebasan sejati.

Bendera tersebut secara literalnya berdarah akibat hirisan yang merentasi gubahan itu, berfungsi sebagai metafora mendalam bagi sebuah negara yang mengalami pendarahan hebat akibat keganasan kaum, kemunafikan, dan janji-janji demokrasi yang tidak ditunaikan.
Dilukis pada kemuncak Gerakan Hak Sivil dan Kuasa Kulit Hitam, karya ini mendepani paradoks ganas tentang keahlian dalam sebuah negara yang diasaskan atas ideal kebebasan tetapi pada masa yang sama menindas warga African Amerika.
Dengan membingkai figura-figura tersebut di dalam dan menentang bintang serta jalur bendera, Ringgold mendedahkan bagaimana fabrik nasional dikotorkan oleh pertumpahan darah, menuntut agar penonton mendamaikan mitos Amerika yang diromantikkan dengan realitinya yang menindas dan berdarah.
Ibrahim Hussein May 13 (1969) Bendera sebagai Perkabungan Nasional
Di Malaysia, pengkarya Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein mengangkat bendera sebagai objek material dan moral dalam karya ‘May 13’yang dihasilkan pada tahun 1969.
Karya tersebut sinonim dengan gelaran ‘Black Painting’. Karya ini lahir daripada tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei tahun 1969.
Ia merupakan salah satu peristiwa paling getir dalam sejarah negara ini. Ibrahim Hussein menemui sehelai bendera Malaysia yang koyak di lokasi rusuhan.
Lalu beliau menjadikannya ia sebagai kanvas bagi lukisan minimalis penuh simbolik.
Hampir keseluruhannya dicat hitam, dengan hanya sejalur merah nipis dan satu bulatan putih.
Tindakan beliau ini membawa kekuatan dokumentari bendera yang rosak bukan sekadar objek ditemui. Akan tetapi, bukti material daripada sebuah rakaman tragedi sebenar.
Dengan menutupi bendera dengan warna hitam, Ibrahim menukarkannya menjadi kain kafan, seolah-olah upacara hitam negara baru yang retak selepas merdeka daripada jajahan British.
Jalur merah halus menandakan “senja selepas kegelapan,” dan bulatan putih memberi isyarat “fajar baharu.”

Ikonografi ringkas ini mengikat kesedihan, peralihan, dan harapan ke dalam satu bahasa visual yang simbolik kepada titik hitam Malaysia.
Namun, karya ini juga memaparkan kerisauan dan kebimbangan rakyat waktu itu.
Insiden penggunaan bendera sebenar dianggap mencemar kesucian simbol nasional.
Oleh sebab itu, Ibrahim Hussein terpaksa mempertahankan niatnya di hadapan waktu itu Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak, menegaskan bahawa karyanya bukan anti-nasional, tetapi “jeritan kemanusiaan.”
Akhirnya, karya itu dibenarkan dipamerkan, tetapi dengan syarat ia tidak boleh dijual atau dibawa keluar dari Malaysia.
Peristiwa May 13 pun menjadi objek ambivalen yang lahir daripada penentangan tetapi kini dilindungi sebagai artifak memori kebangsaan.
John Gerrard dan Elegi abad ke-21
Jika Ibrahim Hussein menutup bendera dengan cat hitam sebagai tanda perkabungan nasional. Pengkarya John Gerrard memilih asap hitam digital untuk menandai perkabungan global terhadap era petroleum.
Karya ‘Western Flag (Spindletop, Texas)’ 2017, menampilkan bendera asap berkibar di gurun, dirakam melalui simulasi 360 darjah. Gerrard menjadi bentuk kekal, seakan monumen kabut untuk sejarah tenaga fosil.
Asap rapuh, bersifat sementara, dan lazimnya tanda kehancuran diubah. John Gerrard membina sebuah monumen dengan bantuan simulasi digital komputer yang sangat realistik. Ia menyiarkan secara berterusan realiti tersembunyi penggunaan tenaga global.
Berlatar belakangkan lanskap Spindletop yang sunyi sepi, iaitu tapak bersejarah semburan minyak 1901 yang mencetuskan era petroleum moden.
Karya seni ini menampilkan tiang maya yang memancarkan kepulan asap hitam pekat yang kaya dengan karbon.

Berbanding patung statik atau filem tradisional, simulasi ini berjalan dalam masa nyata, menjejaki kedudukan tepat matahari dan keadaan persekitaran di tapak fizikal di Texas, serta menghasilkan gelung ekzos yang tidak berkesudahan.
Karya ini mengkodkan semula tanggapan tradisional tentang bendera nasional atau wilayah, dengan menggantikan sehelai kain dengan sepanduk semburan asap yang toksik.
Penggantian ini mengubah bendera tersebut menjadi lambang korporat dan ekologi. Ia mencadangkan bahawa kuasa berdaulat atau autonomi sebenar yang mentadbir dunia moden dewasa ini.
Bukanlah negara bangsa, tetapi pengekstrakkan petrokimia dan kapitalisme karbon. Kepulan asap yang berterusan itu bertindak sebagai arca pernafasan yang tidak ketara. Ia memvisualisasikan kesan gas rumah hijau halimun yang mengubah atmosfera bumi.
Oleh itu, dengan memanfaatkan simulasi masa nyata, Gerrard mengikat penonton kepada garis masa krisis iklim yang berterusan dan tidak mengalah. Impak karya seni ini enggan menawarkan resolusi kemas atau bingkai akhir.
Sebaliknya berfungsi sebagai saksi digital yang berterusan terhadap kepupusan sumber bumi yang berterusan. Ia tidak boleh ditarik balik, serta warisan abad petroleum yang berpanjangan.
Seperti karya ‘May 13’ oleh Ibrahim Hussein, karya Gerrard mengaitkan bendera dengan kesedihan kolektif malah bukan simbol sesebuah negara.
Namun tetapi adalah petanda kehilangan moral dan ekologi. Jika Ibrahim Ibrahim Hussein menyoal serta merakam luka sosial Malaysia pasca rusuhan kaum.
Gerrard pula menyoal legasi global kapitalisme minyak yang mengawal dunia. Kedua-duanya menggunakan bendera untuk mencipta ritual visual perkabungan.
Satu dengan kain sebenar yang koyak dan satu lagi dengan asap digital yang tidak dapat disentuh.
Bendera Sebagai Medan Dialog dan Peringatan
Dialog di antara karya ‘May 13’ dan ‘Western Flag’ membuka ruang perbandingan yang menarik.
Johns, Hammons, Ringgold, Basquiat, Kruger, dan Ai Weiwei masing-masing menyoal bendera dengan memberi penekanan kepada identiti, sejarah perkauman, bahasa, dan hak asasi.
Ibrahim Hussein pula mendahului Gerrard dalam menggunakan bendera sebagai objek perkabungan bukan hanya tanda politik tetapi juga ritual kolektif. Bezanya, karya ‘May 13’ terikat kepada konteks lokal Malaysia.
Merakam memori luka rusuhan kaum, kecemasan nasional, dan kawalan negara. Manakala Gerrard beroperasi di medan global dengan isu ekologi dan tenaga fosil.
Namun kedua-duanya berkongsi strategi iaitu mengubah bendera daripada lambang konvensional menjadi tanda peringatan tentang apa yang telah hilang.
Seni berasaskan bendera bukan sekadar provokasi visual, ia menukar bahasa visual bersama menjadi alat diagnosis.
Sama ada diwarnai semula, ditandai, dipadam, atau diolah dengan material baharu, bendera dalam seni menjadi tapak pergelutan sejarah, pengakuan, dan perkabungan.
Karya ‘May 13’ oleh Ibrahim Hussein dan karya ‘Western Flag’ oleh John Gerrard, walaupun berbeza konteks, namun sama-sama menunjukkan bahawa bendera ialah ruang di mana masyarakat membuat refleksi sejarah dan mempersoalkan diri sendiri.
Kedua-dua karya ini mengingatkan kita bahawa simbol nasional tidak statik, ia boleh menjadi saksi trauma, monumen kabus, dan juga mendoakan untuk masa depan yang lebih adil.
