SERAMAI 17 penerima Tabung Bantuan Seni (TBS) Bilangan 1 tahun 2025 diumumkan baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Balai Seni Negara memaklumkan pemberian tersebut sebagai tanda sokongan padu kerajaan terhadap pembangunan seni visual yang inklusif dan bertaraf antarabangsa.
Balai Seni Negara juga memaklumkan, TBS bertujuan memberi sokongan kepada penggiat seni tanah air dalam menjayakan program dan aktiviti berimpak tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan landskap seni dan pengukuhan jaringan komuniti kreatif.
“TBS turut menjadi medium penting dalam memperkukuh ekosistem seni visual negara serta merancakkan keterlihatan seni Malaysia di pentas dunia,” kata kenyataan tersebut.
Sekretariat TBS telah menerima 44 permohonan dan panel penilai telah meluluskan 17 permohonan.
Berikut merupakan senarai penerima TBS:

