ADIGURU ukiran kayu ,Norhaiza Noordin yang juga Tokoh Kraf Negara meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham, 61, yang juga terkenal di peringkat antarabangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat sakit jantung.
Norhaiza lahir pada 20 Februari 1963 di Kampung Raja, Besut,. Terengganu.
Antara tempahan – tempahan ukiran yang pernah dihasilkannnya hiasan ukiran kayu di Dewan Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford; panel ukiran kayu ayat kursi Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya; ukiran kayu peti ibadat Sultan Brunei; hiasan ukiran kayu di Istana Hinggap Putrajaya;
Selain itu beliau juga menghasilkan hiasan ukiran kayu di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya; 15 unit ukiran hulu keris untuk Exco Kerajaan Negeri Terengganu; 2 bilah keris untuk Yang di-Pertuan Agong; dan cokmar untuk Universiti Malaysia Kelantan
Senimalaya mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh pencinta seni ukiran atas kehilangan permata berharga ini.
