“Seni adalah bentuk pengharapan yang paling tinggi”
– Gerhard Richter
BIDANG seni, budaya, dan sastera di Malaysia terus menjadi nadi penting dalam membentuk identiti dan memperkukuhkan perpaduan negara. Seni, budaya dan sastera memainkan peranan besar sebagai jambatan untuk menghubungkan generasi serta melestarikan warisan yang menjadi tunjang masyarakat kita.
Seni, budaya, dan sastera bukan sekadar hiburan atau estetika; ia adalah medium yang memupuk kefahaman, menyemai nilai kemanusiaan, dan memperkayakan jiwa masyarakat. Dalam konteks negara, ia menjadi wadah untuk mempromosikan imej Malaysia di peringkat global, di samping merapatkan hubungan antara kaum melalui penghargaan terhadap pelbagai warisan budaya.
Tahun 2025 diharapkan menjadi titik perubahan dalam usaha memartabatkan seni, budaya dan sastera tempatan. Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, penggiat seni, dan masyarakat umum, bidang ini mampu menjadi penggerak utama ekonomi kreatif negara. Pengukuhan infrastruktur seni, penganjuran festival berskala besar, serta platform yang lebih inklusif untuk pengkarya muda adalah antara langkah yang perlu diperkasakan.
2025 juga adalah peluang untuk Senimalaya terus menjadi suara utama dalam dunia seni, budaya, dan sastera Malaysia. Sebagai medium yang komited mempromosikan karya kreatif dan warisan budaya, Senimalaya berharap untuk memperluaskan pengaruhnya bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Dengan azam yang kuat dan sokongan daripada komuniti seni dan budaya, 2025 diharapkan menjadi tahun di mana Malaysia terus bersinar sebagai sebuah negara yang kaya dengan seni, budaya, dan sastera, serta menyumbang bukan sahaja kepada pembinaan identiti bangsa tetapi juga kepada dunia yang lebih harmoni dan saling memahami.
Berikut merupakan harapan pengiat seni, budaya dan sastera terhadap 2025:




















